Mahathir : Tak Perlu Tunggu Lama Sampai Orang Tak Suka

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Presiden MIC, Datuk Sri S. Samy Vellu telah memerintah lebih lama daripada beliau sendiri yang memegang jawatan perdana menteri selama 22 tahun. Datuk Seri S Samy Vellu sepatutnya menerima pengiktirafan kerana mungkin telah mencipta satu rekod baru untuk ahli politik paling lama memegang tampuk kepimpinan sebuah parti politik di negara ini.

Ditanya mengenai krisis jawatan presiden MIC itu, beliau berkata bahawa kita tidak sepatutnya memegang sesuatu jawatan terlalu lama. Berhenti sebelum orang tak suka atau benci menjadi antara penyebab beliau meletakkan jawatan tertinggi negara tujuh tahun lalu, katanya selepas menyampaikan ucaptama di Persidangan Penuaan Sihat Malaysia Kelima di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas krisis jawatan presiden MIC yang berlarutan sehingga mendorong pembentukan gerakan menentang kepimpinan Samy Vellu oleh sebahagian anggota MIC dan masyarakat India.


Kembara Jr ..... Che Dat ni sedap sangat kalau bercakap pasal orang, tapi dia ni ingat ke tidak dia dulu tu macam mana. Bukan main susah dan liat juga nak lepaskannya. Kena ke orang sedapnya cakap.

Tapi tak apalah,  itu soal dia, soal anak beranak ( ada darah daging jugak tuuuuu ) apa yang penting bagi aku bertambah lagi lah musuh MIC dengan masuk campur Che Dat pulak. Bertambah celarulah sekarang ni Umno dengan MIC. Biarkan, biarkan. Kita tengok saja apa akan terjadi seterusnya.

.....Lawannn.....Tetapppppp.....Lawannnnnnnnn.....

0 Komen pengunjong :