DSAI - Tidak Mustahil Johor Jatuh Ke Pakatan Rakyat

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Johor agar tidak takut untuk meninggalkan Umno dan Barisan Nasional kerana ramai daripada pengasasnya itu telah meninggalkan parti apabila melihat penyelewengan dan salahguna kuasa yang berlaku.

Walaupun Johor merupakan kubu kuat Umno namum Datuk Sri Anwar yakin akan kemenangan Pakatan Rakyat di negeri itu pada pilihan raya umum ke-13 nanti berdasarkan kepada sokongan kepada Pakatan Rakyat di Johor yang semakin meningkat. Ianya dapat dilihat daripada sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai terhadap program anjuran Pakatan Rakyat sejak akhir-akhir ini. Tegas beliau dengan izin Allah, kalau Selangor boleh Pakatan Rakyat tawan, tidak mustahil Johor pun boleh tumbang cuma yang pening rakyat mestilah beristiqamah dan teguh dengan perjuangan. 

Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau, Yang Dipertua PAS Negeri Johor, Datuk Dr Mahfuz Omar, Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Datuk Chua Meng serta Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Johor, Anuar Saleh hadhir sama dalam ceramah tersebut.

Kembara Jr ..... Aku yakin dengan saranan Datuk Sri Anwar tu, kerana kebelakangan rakyat dah bosan dengan kezaliman yang dilakukan keatas rakyat, dengan rasuahnya, dengan sistem kehakimannya dan banyak lagi yang rakyat semua dah pandai menilainya sendiri. Cuma kita kuatkan semangat dalam perjuangan dan bekerjasama sesama kita dalam menumbangkan Umno/BN ini. Insyaallah.....

1 comment :

  1. salam...
    wah menarik tu...
    sy suka kalau johor jatuh kt PR...
    bertambah bahagia la kami semua hihihi =)

    ReplyDelete