Selamat Hari Ibu

Aku ingin mengucapkan selamat hari ibu kepada ibu ku yang amat ku sayangi iaitu Ibunda Hindun. Semoga tuhan memberi kesihatan yang baik untuk ibu dan dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki. Terima kasih anaknda ucapkan diatas jasa-jasa ibu mendidik anaknda selama ini.

Juga aku ingin mengucapkan selamat hari ibu ini kepada ibu kepada anak-anak ku iaitu isteri ku, Puan Ramlah. Diatas kesabaran mu mendidik anak-anak, alhamdulillah anak-anak kita dapat membesar dan menjadi anak yang mengingatkan dan mengenangkan jasa kita. Pohon ku pada tuhan agar kau dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki serta diberi kesihatan yang baik dan ceria selalu.

Kepada sesiapa saja yang bergelar ibu aku juga ucapkan selamat hari ibu. Moga ceria selalu dalam menjalani hidup ini.

Akhir sekali kepada anak-anak yang masih punya ibu, selagi ibu masih ada perlakukan sebaik mungkin kepada ibu. Jangan satu hari nanti bila ibu sudah tiada baru kita menyesal kerana tidak berlaku baik semasa ibu ada.

0 Komen pengunjong :