Ketua AMK Ikrar "Pelacur Politik" Akan Dibersihkan Dalam Parti

Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mat Akin hari ini menyatakan ikrar untuk membersihkan parti itu daripada  "para pengkhianat.
Tanpa menamakan "pengkhianat" tersebut, Shamsul Iskandar juga menyifatkan golongan tersebut sebagai "pelacur politik."

"Kita akan terajang pelacur-pelacur politik ini," katanya ketika berucap di pembukaan kongres sayap pemuda parti itu Kota Bharu malam ini.

Beliau dalam pada itu juga menyeru para perwakilan supaya meneliti perbahasan yang akan berlangsung. Ini kerana, beliau akan membuat satu pendedahan penting berhubung kegiatan seorang lulusan universiti antarabangsa. Katanya lagi, individu tersebut juga mempunyai hubungan rapat dengan seorang kenamaan.

Dalam sidang media selepas itu, Shamsul berkata individu lelaki tersebut, pernah dilaporkan akhbar New York Times sebelum ini. Ditanya lagi siapakah individu yang dimaksudkan itu, beliau berkata perkara itu hanya akan didedahkannya esok.

Jelasnya, beliau membuat pendedahan itu bagi menunjukkan bahawa golongan bijak pandai juga tidak terkecuali daripada melakukan kegiatan seperti menipu.

Tambahnya, pendedahan itu juga bagi menjelaskan pendirian parti itu dalam meletakkan calon dalam pilihan raya selepas ini.

"Kadang-kadang kepandaian tidak jamin (seseorang itu) jadi pemimpin yang baik (apabila) ia digunakan untuk menipu," katanya.
 



Kembara Jr .....Selamat bersidang kepada semua perwakilan PKR di Kota Bharu. Habis sidang tu jangan lupa pakat-pakat gi pasar Siti Khadijah beli ole-ole bawak pulang nanti.

Sesebuah organisasi tidak akan dapat berdiri tegoh andai nya ada musang berbulu ayam, perasuah, ahli tak ada jati diri didalam organisasi tersebut. Mereka inilah pemusnah organisasi tersebut. Mereka ini lah juga pelacur dalam organisasi tersebut.

Sebagaimana kata Ketua AMK "Pelacur Politik" akan dibersihkan dalam parti itu adalah satu agenda yang bagi aku wajib dilaksanakan. Kebelakangan ini kewibawaan PKR dipertikaikan dek kerana pelacur politik inilah. Sekiranya PKR merasakan ada lagi pelacur ini dalam PKR, nyahkan segera sebelum ianya mempengaruhi ahli lain jadi pelacur. Parti tidak akan runtuh jika pelacur ini dinyah malahan keutuhan parti akan bertambah.

Tidak semua yang cerdik dan pandai boleh menjadi pemimpin yang baik. Betul juga kata Ketua AMK tu. Oleh itu nak tunjukkan kebodohan orang berpelajaran dedahkan saja apa yang ada. Dedah yang tak betul adalah satu kebaikan kerana mungkin akan menyedarkan orang itu satu hari nanti tapi jangan dedah pekara yang tiada tapi diadakan maka jadilah fitnah. Jauhilah kita dari berbuat demikian.

Sama-samalah kita denganr siapa dan apa dia buat yang akan di dedah oleh Ketua AMK, Shamsul Iskandar nanti.... Dedah jangan tak dedah.

.....Lawannn.....Tetapp.....Lawannn

0 Komen pengunjong :