Datuk Mahfuz : Siasat PM Cuba Rasuah Presiden MIC

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menuntut satu siasatan dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyelamatkan khazanah kekayaan negara daripada diagihkan untuk kepentingan Umno BN. Ini berikutan pendedahan S Vell Paari, anak Presiden MIC, Samy Vellu yang mendakwa bapanya di tawar gelaran Tun dan jawatan Duta oleh PM bagi tujuan kompromi isu calon BN untuk pilihanraya kecil Hulu Selangor

Pendedahan ini menunjuk ada unsur dan amalan rasuah dalam pemilihan calon BN dari MIC dalam piliharaya kecil Hulu Selangor. Dakwaan S Vell Paari menunjukkan amalan tawaran yang berunsur rasuah itu bukan saja berlaku dalam pemilihan calon BN diHulu Selangor, tetapi ianya berlaku dalam banyak hal untuk memastikan setiap keputusan yang dibuat olih PM diterima olih semua dalam BN. Amalan ini adalah untuk memastikan agar tiada yang membuat kacau yang bolih menjejaskan kepentingan politik BN.

Perbuatan ini merupakan penyalahgunaan kuasa yang bolih mengakibatkan kehilangan khazanah negara yang diagihkan kepada peminpin Umno/BN setiap kali berlaku krisis dikalangan dalaman Umno/BN.


Kembara Jr ..... Semestinya perbuatan yang dilakukan oleh mat monggol ini disiasat oleh SPRM, tetapi oleh kerana SPRM ini telah dicucuk hidung oleh puak-puak Umno maka janganlah kita mengharapkan tindakkan menyiasat akan dilakukan. Kalau disiasat pun hanyalah sebagai syarat sahaja kononnya untuk tunjukkan kepada rakyat bahawa SPRM tu telus dan tidak memilih bulu. Siapa saja akan disiasat.

Inilah akan terjadi jika pemimpin tidak tahu hukum hakam agama dan menggunakan kuasa yang ada untuk kepentingan diri. Akibatnya rakyat yang menanggung semua masalah yang timbul akibat kerakusan pemimpin. Kita sebagai rakyat bersatu hatilah dan berdoalah agar satu hari nanti Allah menumbangkan parti yang menyeksa kita sebagai rakyat.

.....Lawannn.....Tetappp.....Lawannn

0 Komen pengunjong :