Mursyidul Am Pas - Serangan Peribadi kerja Bodoh

Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan menyerang peribadi calon PKR Datuk Zaid Ibrahim sebagai perbuatan orang yang tidak ada modal untuk berkempen. Menteri Besar Kelantan itu juga menyifatkannya sebagai satu kerja bodoh dan kebudak-budakan.

Katanya "Calon ini calon parti, Kalau Umno ada modal, serang parti lah, jangan serang tubuh . Ini kerja bodoh, ini kerja budak-budak.

Datuk Nik Aziz berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita berhubung perbuatan menyerang peribadi calon PKR, Datuk Zaid yang didakwa seorang peminum arak dan berjudi, dalam kempen pilihan raya.

Dalam sidang media tersebut, Zaid menjelaskan bahawa beliau amat menghormati kealiman dan ketinggian ilmuan menteri besar Kelantan itu. Beliau amat terharu apabila Nik Aziz menelefonnya sebanyak dua kali dari Mekah, memintanya bersabar ketika berdepan dengan serangan peribadi terhadapnya di Hulu Selangor.

Kembara Jr ..... Sebenarnya yang jelas Umnongok/BN tidak ada modal kempen sebab itulah dia orang serang peribadi Zahid. Semenjak Selangor berada dibawah Pakatan Rakyat banyak perubahan telah dilakukan, jadi tak ada modal mereka hendak memburukkan parti. Itulah  sebabnya dia serang peribadi Datuk Zahid.


.....Lawannn.....Tetapppppp.....Lawannnnnnnnn.....

0 Komen pengunjong :