Pilihlah calon yang berkebolehan serta bertanggungjawab

Datuk Zaid Ibrahim adalah calon terbaik untuk Hulu Selangor, juga beliau adalah seorang yang tegas, berani dan mampu bekerja demi kesejahteraaan rakyat bawahan. Begitulah kata Datuk Sri Anwar dihadapan ribuan rakyat Hulu Selangor dalam ceramah terakhirnya semalam yang mana juga disertai Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan calon PKR Datuk Zaid Ibrahim.Walaupun hujan renyai,  namun ribuan yang hadir mengikuti ceramah tersebut tanpa menghiraunya.

Laluan dari pintu masuk utama dibarisi dengan deretan  kereta-kereta yang bersesak-sesak untuk mendengar ucapan ucapan Datuk Sri Anwar dan Datuk Nik Aziz.
Kata Anwar Datuk Zaid dipilih adalah kerana Zaid  mampu membuat kerja, berkebolehan dan berani untuk lawan dan jaga hati rakyat.

Anwar berkata setiap undi yang dibuang hari ini menentukan masa hadapan Hulu Selangor. Berpuluh tahun warga Hulu Selangor hidup dibawah pengurusan BN, namun masih ramai yang melarat.

Kembara Jr ..... Sebagai pesanan terakhir untuk pengundi Hulu Selangor, amatilah kata-kata Datuk Sri Anwar Ibrahim. Buatlah pilihan terbaik demi masa depan Hulu Selangor dan juga Bumi bertuah kita ini. Insyaallah kita akan menang.

.....Lawannn.....Tetapppppp.....Lawannnnnnnnn.....

0 Komen pengunjong :