Showing posts with label Dr Lo'Lo'. Show all posts

MP Titiwangsa Dr Lo’ Lo’ meninggal dunia

KUALA LUMPUR, 17 Julai — Ahli Parlimen Titiwangsa dari PAS Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali yang menerima rawatan kerana kanser di Hospital Selayang  meninggal dunia malam ini.
Perkara itu disahkan oleh Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub ketika dihubungi The Malaysian Insider.
“Ya, saya pun baru dimaklumkan mengenai berita ini. Tapi saya belum ada butiran lanjut,” kata seorang lagi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi.
Wakil rakyat penggal pertama itu meninggal dunia kira-kira 10.13 malam tadi, kata seorang anggota keluarga menerusi mesej SMS.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan esok, kata anggota keluarga itu.
“Jenazah akan diuruskan pagi esok, akan dibawa ke Masjid Al-Akram, Datuk Keramat,” katanya.
Maklumat daripada ibu pejabat PAS menyebut jenazah akan diuruskan sekitar 8 pagi esok.
Sejak tengah hari tadi, khabar angin mengatakan Dr Lo’ Lo’ yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat telah meninggal dunia disebarkan melalui khidmat pesanan ringkas SMS dan laman sosial Facebook dan Twitter.
Bagaimanapun ia dinafikan oleh pemimpin-pemimpin kanan parti yang secara kebetulan mengadakan mesyuarat di Ampang pagi tadi.
Dr Lo’ Lo’, 53, dirawat di Hospital Selayang akibat kanser.
Pada pilihan raya umum 2008, Dr Lo’ Lo’ menewaskan calon BN Datuk Aziz Jamaludin Tahir dengan majoriti 1,972 undi.
Allahyarham Dr Lo’ Lo’ merupakan wakil rakyat kelima dari PAS meninggal dunia selepas pilihan raya umum 8 Mac 2008.
Sebelum ini PAS kehilangan Ahli Parlimen Bukit Gantang dan disusuli Adun Permatang Pasir, Manek Urai dan Galas.
Kekosongan kali ini tidak akan membawa kepada pilihan raya kecil.
Seterusnya >>>

Tiger Show dibiar, pakaian Nie Ching dipersalah

KUALA LUMPUR, 3 Jan: PAS mempersoal sikap 'tutup mulut' pemimpin Umno berhubung isu pertunjukkan maksiat 'Tiger Show', dalam satu majlis makan malam di Marriot Hotel, Putrajaya pada 16 Disember lalu.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Lo'lo' Mohamad Ghazali melahirkan rasa pelik apabila Umno sangat cepat menyelar cara pemakaian Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching dalam satu majlis senam robik, namun dalam isu pakaian separuh bogel tarian tiger show, Umno seperti tidak peduli.

"Adalah malang isu YB Teo Nie Ching yang hanya bersenam robik dengan pakaian sukan yang biasa dipakai wanita bukan Islam menjadi berita muka depan Utusan Malaysia, tetapi kemungkaran yang lebih besar seperti ini didiamkan oleh media pro Umno," katanya yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa.

Majlis makan malam tersebut didakwa dianjurkan Syarikat Sony dan sebahagian yang hadir adalah orang Melayu beragama Islam.

Mengulas lanjut, Lo'lo' berkata, beliau juga kesal dengan sikap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang didakwa tidak memperdulikan atau bertindak ke atas penganjur majlis makan malam tersebut.

Katanya, majlis tersebut secara jelas telah menghina Islam namun seperti dihalalkan pula oleh kerajaan Umno BN.

"Pertunjukan ini yang bukan setakat 'free show', malah 'free touch' dihadiri sebahagian besarnya oleh orang-orang Melayu yang mungkin beragama Islam.

"Lebih malang lagi YB selaku Menteri Hal Ehwal Islam, (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) Jakim dan (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) Jawi sebagai berwajib terlalu 'mandom' dalam menangani isu ini," katanya lagi yang bercadang membuat surat terbuka kepada menteri.

Minggu lalu, Harakahdaily telah melaporkan kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudi Hassan yang mahu pihak berwajib dalam hal ehwal agama bertindak segera.

Katanya, Malaysia sekali-kali tidak boleh dibiarkan menjadi hub maksiat atau hub tarian lucah seperti yang dianjurkan syarikat pengeluar barangan elektrik dan elektronik itu dalam majlis makan malam di hotel tersebut.

Gambar-gambar pertunjukan pada majlis makan malam tersebut, kini tersebar dan hangat diperdebatkan di blog-blog dan laman sosial Facebook.

Sehubungan itu, mereka mencabar menteri dan pihak bertanggungjawab mengambil tindakan segera ke atas Sony sebagai penganjur dan pihak Hotel Marriot sebagai pengendali majlis.
Seterusnya >>>

Remaja umur 12 tahun mati kerana menjalin hubungan seks dengan 3 remaja lelaki




Tergamam dan tidak tahu mana nak mula, sudut mana nak dikupas, bab mana nak dianalisa. Buang bayi dari atas flat, pelajar campak bayi dari kolej kediaman, tiba2 semalam dikejutkan dengan berita yang lebih buruk. REMAJA 12 TAHUN SANGGUP PANJAT BUMBUNG FLAT KEDIAMAN UNTUK BERASMARA DANA DENGAN 3 REMAJA LELAKI. Mereka bukan remaja bodoh tapi bermaklumat sebab dijumpai juga beberapa keping kondom yang tentulah bermaksud 'for safe sex'. Safe from STD, HIV, AIDS. Safe from unwanted pregnancy. Guna kondom untuk 'seks yang selamat'. Selamat dari penyakit yang disebarkan melalui seks rambang, selamat dari HIV dan AIDS. Paling penting selamat dari termengandung.

Namun ketentuan Allah mengatasi segala2nya. Remaja perempuan remaja sunti 12 tahun ini tidak selamat apabila jatuh dari balkoni lalu MAUT ketika cuba melarikan diri setelah menyedari aktiviti mereka telah dikesan oleh orang-orang dewasa kediaman tersebut. Astaghfirullah, apa lagi perkataan yang paling sesuai digunakan untuk menerangkan tragisnya peristiwa ini. Apakah cukup kita ni setakat menggeleng2 kepala.

Hai bapa2, ibu2, guru2, penjaga kepada remaja. JANGAN PERCAYA remaja kita 100%. Saya sangat cemburu anak2 remaja saya. Semasa mereka menginjak umur remaja yang penuh perasaan ingin tahu, rasa cinta dan nafsu yang membuak2 ditambah dengan pendedahan kepada dunia IT tanpa sempadan,saya sentiasa pantau secara lagsung. Kalau hantar tuisyen, kadang2 datang balik 1/2 jam kemudian untuk pastikan anak ada dalam kelas. Bila ada peluang, buka hanfon untuk semak sms yang dihantar dan diterima, nombor2 panggilan dan sekarang kena cek gambar2 (dulu2 zaman remaja anak2 saya hanfon belum canggih sangat).

Remaja saya tidak saya lepaskan hatta ke KLCC yang hanya sejarak 2 stesyen jauhnya dari rumah saya. Kalau nak pergi untuk tujuan apa dan sudah tentu diiringi Mama atau dan Babah.. Mereka kadang2 malu, sebab kawan2 kata macam orang dolu2, kolot. Tidak kira anak lelaki atau perempuan, sama sahaja cara saya mendidik dan membesarkan mereka walaupun sudah tentu ada perbezaan dari sudut biologi dan perbezaan jantina.

Sehinggalah mereka berumur 20 tahun keatas, dan setelah kami suami isteri meyakini kebolehan, kematangan dan kedewasaan mereka untuk menjaga diri, barulah mereka diberi lebih kebebasan untuk mengendalikan urusan kehidupan mereka sendiri. Banyak sebenarnya yang kami suami isteri lalui bersama dalam mendidik dan membesarkan anak2. Kami melabur dalam pendidikan mereka sehingga kami tidak pernah hidup mewah walau pun dua2 Doktor Perubatan. Sedaya upaya kami ikut sepenuhnya ajaran Alquran dan AsSunnah sebab kami yakin dan sewajarnya semua ibubapa Islam wajib yakin didik anak cara Islam itulah yang selamat untuk mereka menghadapi dunia dan akhirat.

Berbalik kepada cerita sedih tadi, taaziah kepada keluarga remaja perempuan yang terbunuh. Moga Allah ampunkan dosa dia kerana mungkin terlalu muda untuk sempat membezakan buruk baik, ibu bapanya saya percaya sudah cuba mengikut kemampuan mereka. Apa nak dikata, kejahilan merata2. Kalau sampai isteri pemimpin tinggi negara pun tidak tahu membezakan Islamic dengan nonIslamic situation yang membawa kepada penghinaan kepada Islam, apa lagi pilihan kita ada.

Rakyat mesti berani buat perubahan, jika Najib ajak Ahli UMNO pertahan PutraJaya walau bercerai daging dari tulang, kita rakyat yang cintakan syariat Islam, keadilan dan Kerajaan yang Bersih mesti kerja kuat, kerja smart, kerja sungguh2 untuk beri kesedaran kepada rakyat untuk beri peluang kepada PR untuk menerajui pemerintahan negara dan melakukan 'Real genuine transformation'


DR LO'LO'
Seterusnya >>>

Jamil Khir, Umno Tunggang Jawi Untuk Guna Masjid Bagi Tujuan Politik

KUALA LUMPUR 8 Ogos - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Umno didakwa telah menyalahgunakan institusi masjid di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk kepentingan peribadi dan politik.
Mendedahkan perkara ini, Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali berkata beliau kesal dengan sikap dwi standar yang diamalkan Umno dengan menyalahkan PAS apabila parti itu menggunakan masjid untuk mendekati rakyat serta bagi tujuan keilmuan namun pada masa yang sama mengambil kesempatan menyalahgunakan masjid demi kepentingan agenda politik mereka.
"Pada 2 Ogos lalu saya telah menghadiri satu majlis Bicara Pemimpin Bersama Rakyat dan Sumbangan Kepada Masjid-masjid dan Surau-surau Zon 3, di Masjid Alam Shah. Berdasarkan kepada apa yang saya tahu program tersebut dianjurkan oleh Jawi, Umno Bahagian Cheras dan juga Titiwangsa.
"Saya kesal dengan sikap Menteri di Jabatan Perdana yang dilihat memperbodohkan Jawi untuk menggunakan masjid dan surau demi kepentingan politik," jelas Dr Lo' Lo' pada sidang media di ibu pejabat PAS Rabu lalu.
Kata beliau, program di masjid tersebut tidak langsung mencerminkan ia dikendalikan oleh pihak Jawi tetapi didominasi sepenuhnya oleh Umno dari awal sehingga akhir majlis.
"Program itu dimulai dengan tazkirah yang diberikan oleh Ketua Biro Agama Pemuda Umno Bahagian Cheras, Syed Amru yang juga merupakan ahli jawatankuasa masjid yang baru dilantik. Kemudian solat Isyak diimamkan Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, diikuti ucapan Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabsyi dan Pemangku Ketua Umno Bahagian Titiwangsa, Datuk Johari Ghani.
"Saya rasa kesal kerana pemimpin Umno dan Menteri langsung tidak menyebut atau mengalu-alukan kehadiran wakil rakyat Titiwangsa walaupun mereka sedia maklum kehadiran saya. Majlis ini dianjurkan oleh Jawi dan sudah pasti menggunakan dana, peruntukan dan sumbangan Jawi tetapi Umno menguasai program dari awal hingga akhir.
"Nampak jelas sikap 'double standard' Umno, bagaimana mereka boleh katakan perpaduan sedangkan dalam hal sekecil itu tidak boleh menunjukkan sikap perpaduannya. Jawi pula telah menjadi alat politik Umno dalam usaha mereka untuk meluaskan pengaruh walaupun rakyat menolak Umno-Barisan Nasional di Wilayah Persekutuan khususnya Kuala Lumpur," tegas Dr Lo' Lo'.
Beliau berkata Jamil Khir membelakangkan etika serta profesionalisme pengurusan dan pentadbiran kerajaan dengan tidak memperdulikan larangan Yang DiPertuan Agung supaya tidak mempolitikkan institusi masjid dan surau oleh mana-mana parti atau badan politik.
Malah Menteri secara sedar telah mengheret Jawi sebagai sebuah jabatan kerajaan dalam agenda politik beliau kata beliau lagi.
Ahli Parlimen itu menyeru agar Jamil Khir bersikap lebih adil kerana beliau bukan menteri kepada Umno tetapi dilantik untuk menjaga Hal Ehwal Agama Islam bagi umat Islam di Malaysia.
"Sikap memihak dan mengenepikan wakil rakyat yang dipilih secara sah oleh rakyat menyerlahkan sikap hipokrit terutamanya apabila bercakap isu perpaduan umat Islam dan hasrat 1Malaysia Perdana Menteri.
"Sepatutnya menteri yang berpendidikan agama menunjukkan contoh kepada Menteri lain yang tiada latar belakang agama Islam. Jamil Khir perlu melibatkan semua pihak yang berlainan latar belakang dan kecenderungan politik serta menghormati pilihan rakyat, barulah rakyat melihat kesungguhan beliau membawa aspirasi perpaduan.
"Saya percaya semua tindakan Menteri memperalatkan agensi dan pegawai tinggi kerajaan serta membiarkan Umno mencemarkan institusi masjid dan surau diperhatikan oleh rakyat yang semakin pandai menilai," tegas Dr Lo' Lo'.
 Dr Lo' Lo' menganggap Umno Cheras dan Titiwangsa sudah hilang keupayaan untuk menganjurkan program keagamaa kerana kurang sokongan rakyat dan terpaksa bergantung kepada Jawi dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Seterusnya >>>

Kampung Baru: Lo' Lo' dakwa menteri tidak ikhlas

KUALA LUMPUR, 7 Ogos: Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali (gambar) sekali lagi mendakwa Menteri Wilayah Persekutuan tidak ikhlas dalam proses membangunkan semula Kampung Baru.
Ianya ekoran Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin tidak menjemput sekali wakil penduduk Kampung Baru dan beliau sendiri sebagai wakil rakyat bertanggungjawab untuk menyertai makmal Undang-Undang Perbadanan Kampung Baru.
"Di sini satu lagi tak ikhlas menteri, kenapa tidak libatkan penduduk Kampung Baru dan saya sebagai ahli parlimen bertanggungjawab dalam makmal ini?” soalnya.
Nong Chik sebelum ini menyatakan bahawa makmal tersebut ditubuhkan bagi merangka draf undang-undang yang akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk menunjangi penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru yang dijangka berfungsi pada tahun depan.
Lo' Lo' bagaimanapun turut mempersoal tindakan Nong Chik yang membuat makmal berkenaan jauh di Melaka sedangkan isu yang hendak dibincangkan adalah berkaitan pembangunan Kampung Baru.
"Jauh lari ke Melaka, agaknya nak lari jauh dari saya," katanya berseloroh.
Mengulas Projek pembangunan Kampung Baru yang dibangunkan kerajaan mengikut model perniagaan di Mekah, Lo' Lo' berkata konsep pembangunan tidak penting asalkan ianya mengekalkan beberapa aspek penting Kampung Baru sebagai kampung tradisi orang Melayu.
Ianya termasuk mengekalkan ciri-ciri Melayu Islam, pembangunan berimbang, ada nilai estatika serta dan tidak mengenepikan aspek pembinaan modal insan.
"Kita mahu masjid dijadikan nadi atau pusat pembangunan bagai memastikan akhlak dan rohani menjadi tunjang pembangunan.
"Kita tidak mahu bangunan pencakar langit tingi-tinggi, namuk akhlak dan moral masyarakat runtuh," katanya yang juga AJK PAS Pusat.
Dalam perkembangan lain, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan membentangkan pelan alternatif Kampung Baru di Dewan Kelab Sultan Sulaiman, esok.
Majlis anjuran bersama Pejabat Menteri Besar Selangor, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Titiwangsa itu bermula jam 2.00 hingga 5.00 petang.
Khalid akan menjelaskan tawaran yang dibuat oleh kerajaan negeri dan PKNS berhubung pembangunan di Kampung Baru.
Seterusnya >>>

Pakatan Rakyat tak boleh, Umno boleh !!!!!!!

Umno terus salah guna masjid
 
KUALA LUMPUR, 4 Ogos: Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo' Lo' Ghazali (gambar) hari ini menyatakan kekesalan di atas sikap double standard Umno menyalahgunakan masjid untuk kepentingan politik murahan mereka.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat turut kesal dengan sikap Menteri di Jabatan Perdana (Hal Ehwal Agama) yang didakwa turut memperkuda Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk menembusi masjid dan surau demi agenda politik mereka.
Beliau merujuk kepada majlis Bicara Pemimpin Besama Rakyat dan Sumbangan Kepada Masjid-masjid dan Surau-surau Zon 3, di Masjid Alam Shah, 2 Ogos lalu.
Berdasarkan kain rentang yang dipamerkan, Lo' Lo' berkata program tersebut adalah anjuran Jawi bersama Umno bahagian Cheras dan bahagian Titiwangsa.
Namun apa yang dikesalinya, program tersebut langsung dilihat bukan kendalian Jawi namun didominasi Umno dari awal hingga ke akhir.
Jelasnya, Umno mendominasi seawal tazkirah Maghrib yang diberikan oleh Ketua Biro Agama Pemuda Umno Cheras Syed Amru, kemudian solat Isyak diimamkan menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, kemudian ucapan Ketua Umno Cheras, Datuk Syed Ali Alhabsyi dan Pemangku Ketua Umno Titiwangsa, Johari Ghani.
"Majlis ini anjuran Jawi, sudah pasti guna dana Jawi, sumbangan dari peruntukan Jawi, tetapi Umno menguasai dari awal hingga akhir.
"Sebagai wakil rakyat, saya kesal dengan sikap double standard menteri yang memperalat Jawi untuk meluaskan pengaruh politik Umno BN yang telah ditolak rakyat khususnya di Kuala Lumpur," katanya kecewa.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.
Turut serta pada sidang media tersebut, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Pesuruhjaya PAS Wilayah, Mohamad Nor Mohamad.
Selain itu, beliau selaku Ahli Parlimen kawasan tersebut juga kecewa apabila kehadirannya langsung tidak dipeduli biarpun Ketua Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali telah dimaklumkan.
"Saya dimaklumkan oleh ahli kariah, dan terus ke sana. Saya bertanya secara baik kepada Pengarah Jawi, kenapa Umno dilibatkan secara langsung.
"Beliau berkata, tidak mengapa, saya ada bersama... jadi saya kata kalau macam tu, PAS pun nak buat program bersama dengan masjid-masjid...dia kata boleh, buatlah permohonan.
"Mungkin selepas fikir implikasi dari jawapannya dia kata, saya kena fikir dua, tiga kali sebab PAS ni bukan kerajaan," jelasnya menceritakan dialog yang berlaku.
Menurut Lo' Lo', Che Mat sepatutnya sedar bahawa program tersebut diadakan di Titiwangsa yang dimenangi PAS dan juga selaku kerajaan di parlimen itu.
Beliau juga hairan dengan sikap Jawi yang sebelum ini melarang aktiviti dalam masjid, namun kali ini menjemput Umno untuk sama-sama terlibat.
Selain itu, Lo' Lo' menyifatkan Umno Cheras dan Titiwangsa hilang keupayaan dan wajar digelar orang kurang upaya (OKU) kerana terpaksa menempel kepada Jawi dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membuat sebarang program.
Seterusnya >>>