Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Jamil Khir, Umno Tunggang Jawi Untuk Guna Masjid Bagi Tujuan Politik

KUALA LUMPUR 8 Ogos - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Umno didakwa telah menyalahgunakan institusi masjid di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk kepentingan peribadi dan politik.
Mendedahkan perkara ini, Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali berkata beliau kesal dengan sikap dwi standar yang diamalkan Umno dengan menyalahkan PAS apabila parti itu menggunakan masjid untuk mendekati rakyat serta bagi tujuan keilmuan namun pada masa yang sama mengambil kesempatan menyalahgunakan masjid demi kepentingan agenda politik mereka.
"Pada 2 Ogos lalu saya telah menghadiri satu majlis Bicara Pemimpin Bersama Rakyat dan Sumbangan Kepada Masjid-masjid dan Surau-surau Zon 3, di Masjid Alam Shah. Berdasarkan kepada apa yang saya tahu program tersebut dianjurkan oleh Jawi, Umno Bahagian Cheras dan juga Titiwangsa.
"Saya kesal dengan sikap Menteri di Jabatan Perdana yang dilihat memperbodohkan Jawi untuk menggunakan masjid dan surau demi kepentingan politik," jelas Dr Lo' Lo' pada sidang media di ibu pejabat PAS Rabu lalu.
Kata beliau, program di masjid tersebut tidak langsung mencerminkan ia dikendalikan oleh pihak Jawi tetapi didominasi sepenuhnya oleh Umno dari awal sehingga akhir majlis.
"Program itu dimulai dengan tazkirah yang diberikan oleh Ketua Biro Agama Pemuda Umno Bahagian Cheras, Syed Amru yang juga merupakan ahli jawatankuasa masjid yang baru dilantik. Kemudian solat Isyak diimamkan Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, diikuti ucapan Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabsyi dan Pemangku Ketua Umno Bahagian Titiwangsa, Datuk Johari Ghani.
"Saya rasa kesal kerana pemimpin Umno dan Menteri langsung tidak menyebut atau mengalu-alukan kehadiran wakil rakyat Titiwangsa walaupun mereka sedia maklum kehadiran saya. Majlis ini dianjurkan oleh Jawi dan sudah pasti menggunakan dana, peruntukan dan sumbangan Jawi tetapi Umno menguasai program dari awal hingga akhir.
"Nampak jelas sikap 'double standard' Umno, bagaimana mereka boleh katakan perpaduan sedangkan dalam hal sekecil itu tidak boleh menunjukkan sikap perpaduannya. Jawi pula telah menjadi alat politik Umno dalam usaha mereka untuk meluaskan pengaruh walaupun rakyat menolak Umno-Barisan Nasional di Wilayah Persekutuan khususnya Kuala Lumpur," tegas Dr Lo' Lo'.
Beliau berkata Jamil Khir membelakangkan etika serta profesionalisme pengurusan dan pentadbiran kerajaan dengan tidak memperdulikan larangan Yang DiPertuan Agung supaya tidak mempolitikkan institusi masjid dan surau oleh mana-mana parti atau badan politik.
Malah Menteri secara sedar telah mengheret Jawi sebagai sebuah jabatan kerajaan dalam agenda politik beliau kata beliau lagi.
Ahli Parlimen itu menyeru agar Jamil Khir bersikap lebih adil kerana beliau bukan menteri kepada Umno tetapi dilantik untuk menjaga Hal Ehwal Agama Islam bagi umat Islam di Malaysia.
"Sikap memihak dan mengenepikan wakil rakyat yang dipilih secara sah oleh rakyat menyerlahkan sikap hipokrit terutamanya apabila bercakap isu perpaduan umat Islam dan hasrat 1Malaysia Perdana Menteri.
"Sepatutnya menteri yang berpendidikan agama menunjukkan contoh kepada Menteri lain yang tiada latar belakang agama Islam. Jamil Khir perlu melibatkan semua pihak yang berlainan latar belakang dan kecenderungan politik serta menghormati pilihan rakyat, barulah rakyat melihat kesungguhan beliau membawa aspirasi perpaduan.
"Saya percaya semua tindakan Menteri memperalatkan agensi dan pegawai tinggi kerajaan serta membiarkan Umno mencemarkan institusi masjid dan surau diperhatikan oleh rakyat yang semakin pandai menilai," tegas Dr Lo' Lo'.
 Dr Lo' Lo' menganggap Umno Cheras dan Titiwangsa sudah hilang keupayaan untuk menganjurkan program keagamaa kerana kurang sokongan rakyat dan terpaksa bergantung kepada Jawi dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

0 Komen pengunjong :