Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Najib makin lemah, Muhyiddin mula mengorak langkah


KUALA LUMPUR: Dengan kedudukan Najib yang semakin melemah akibat penolakan rakyat terhadap dasar merasionalkan subsidi sehingga meningkatnya banyak harga barangan serta kehidupan rakyat menjadi semakin terhimpit, Muhyiddin Yassin yang baru kembali bertugas setelah bercuti di luar negara seakan telah membawa khabar gembira buat rakyat dengan menyatakan kerajaan akan melihat semula dasar rasionalisasi subsidi yang dilakukan sebelum ini, tulis Shahbudin Husin.

Muhyiddin menyatakan subsidi kerajaan perlu dilihat semula secara lebih holistik dalam usaha meringankan beban kehidupan rakyat, terutama kumpulan sasaran.

“Ini bermakna bahawa Muhyiddin amat menyedari kenaikan harga barang ini amat membebankan rakyat dan menjadi utama kemarahan mereka terhadap kerajaan ini,” tulis beliau di dalam blognya, semalam.

Lantaran itu, beliau menambah, Muhyiddin mahu mengkaji dan melihat semula dasar yang telah dilaksanakan itu. Ini dipercayai langkah awal meredakan kemarahan ramai terhadap kerajaan.

Baginya, walaupun sebagai Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin sebenarnya turut bersetuju dengan dasar rasionalisasi subsidi yang dilakukan Najib sebelum ini, nampaknya beliau mula berubah nada. 

“Muhyiddin mula menunjukkan beliau pro rakyat kerana menyedari rakyat tidak gembira dengan kenaikan harga barang sekarang ini,” tulisnya lagi.

-/ Harakahdaily

0 Komen pengunjong :