Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Peserta berarak dari Sogo ke Dataran Merdeka

Pelbagai tanda protes dapat dilihat sekitar kawasan demonstrasi Turun.

Para peserta demo Turunkan Kos Sara Hidup (Turun) yang berkumpul di Sogo mula bergerak beramai-ramai ke Dataran Merdeka mulai jam 10 malam menjelang jam 10.30 malam di mana mereka berjanji akan mula bergabung di Dataran Merdeka.
Sebahagian dari peserta demo ini mula memenuhi kawasan perkarangan Dataran Merdeka sejurus selepas azan Isyak tadi.
Mereka mula memenuhi kawasan Jalan Raja di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad sambil memakai baju-t hitam tertulis perkataan "Turun" sambil membawa plakad "Tol Naik TOLak BN", "Apabila Golongan Kaya Merompak Golongan Miskin, itu Adalah Perniagaan" dan banyak lagi.
Peserta demonstrasi juga dilihat memakai topeng putih dan ada di antara mereka membawa bunga berwarna kuning sebagai simbolik keamanan.
Seorang peserta demonstrasi sedia memakai topeng gas di Dataran Merdeka.

Ramai antara mereka solat Isya di masjid berdekatan di samping ada yang bersolat di perkarangan pusat beli-belah Sogo. Sehingga jam 9.45 malam, lebih 2,000 berkumpul di perkarangan Sogo.
Kumpulan peserta demonstrasi Turun turut melaungkan slogan "Turun harga barang", "Hidup Rakyat".
Bagaimanapun tidak terdapat mana-mana pemimpin daripada pertubuhan politik yang kelihatan dalam demonstrasi berkenaan.
Tepat jam 9.30 malam, kumpulan berkenaan dilihat cuba merempuh halangan polis di Jalan Raja untuk memasuki kawasan Dataran Merdeka yang diadakan  konsert sambutan Ambang Tahun Baru sambil menjerit "Masuk", "Masuk".
Peserta yang berkumpul di Masjid Jamek juga mula bergerak ke Dataran Merdeka.
Sementara itu  di Masjid Jamek pula seawal jam 8 malam peserta Turun mula memenuhi kawasan tersebut.
Kumpulan yang bermula dari 300 orang kemudiannya bertambah sehingga 1000 sehinggalah  pada jam 9 malam peserta Turun  mula berarak dari jalan Masjid Jamek hingga ke Dataran Merdeka sambil melaungkan slogan
Mereka turut melaungkan slogan "Turun harga barang", "Hidup Rakyat", "hancur" sambil membawa banner yang tertulis "Tahniah kepada BN", "Suara Rakyat", "Kamu yang rasuah kami yang tanggung" dan lain-lain lagi.
Trafik warden Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memerhati orang ramai yang berlegar sekitar Dataran Merdeka.

Bagaimanapun tidak terdapat mana-mana pemimpin daripada pertubuhan politik yang kelihatan di Dataran Merdeka. Di sekitar Sogo, P. Kasthuri, Nik Nazmi Nik Ahmad, Steven Sim, Teoh Kok Seong dan beberapa lagi pemimpin politik kelihatan bersama peserta demontsrasi.
Tepat jam 9.30 malam, kumpulan berkenaan dilihat cuba merempuh halangan polis di Jalan Raja untuk memasuki kawasan Dataran Merdeka yang dijadikan konsert sambutan Ambang Tahun Baru sambil menjerit "Masuk" "Masuk".
Bagaimanapun setakat ini masih tiada lagi tangkapan yang dilaporkan berlaku.– 31 Disember, 2013.
-/ The Malaysian Insider

0 Komen pengunjong :