Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Zahid Hamidi digesa mohon maaf berhubung IPCMC


Penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) adalah mengikut landasan Perlembagaan Persekutuan, kata Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Nga menyifatkan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai IPCMC bertentangan dengan Perlembagaan adalah silap dan mengelirukan.
"Kenyataan Menteri Dalam Negeri semasa menjawab di Parlimen adalah silap dan mengelirukan," kata Nga membidas kenyataan Ahmad Zahid baru-baru ini di dalam Dewan Rakyat.
Menurut Nga, mengikut Artikel 140 (1) Perlembagaan Persekutuan secara jelas menyatakan: "Dengan syarat bahawa Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan bagi perjalanan apa-apa kawalan tatatertib ke atas semua atau mana-mana anggota pasukan polis mengikut apa-apa cara dan oleh mana-mana pihak berkuasa yang diperuntukkan dalam undang-undang itu."
Nga menegaskan artikel itu secara tidak langsung dan tidak boleh dipertikaikan lagi bahawa Parlimen mempunyai kuasa untuk meluluskan undang-undang bagi mengawal dan melaksanakan tindakan disiplin ke atas pasukan polis, termasuk IPCMC.
"Ia wajar untuk Ahmad Zahid tampil ke depan dan meminta maaf kepada Dewan Rakyat atas kenyataannya.
"Gagal melakukannya, beliau boeh dihadapkan ke jawatakuasa hak dibawah Peraturan 36 (12) Arahan Ketetapan kerana membuat kenyataan palsu dengan niat untuk mengaibkan," katanya.

0 Komen pengunjong :