BESUT:
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tidak menolak
pengundi di Kuala Besut yang majoritinya Melayu akan membuat perubahan
besar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut kali ini.
Menurutnya,
pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, perubahan dikalangan undi
Melayu kepada PAS di beberapa kawasan meningkat mendadak dan tidak
mustahil perkara serupa akan berlaku di Kuala Besut kali ini.
"Keseluruhan
pencapaian PAS sekarang berdasarkan Melayu majoriti, keputusaan
kemenangan pada PRU13 juga bayak disumgbang oleh pengundi Melayu
disamping bukan Melayu.
"Kita banyak menang di kawasan 99 peratus
Melayu, perubahan berlaku di kawasan pengundi Melayu dan saya pasti
pengundi Melayu akan membuat perubahan besar," jelasnya.
Tuan Ibrahim turut menjangkakan persaingan lebih sengit pada PRK Kuala Besut berbanding PRU13 lalu.
Beliau
menjelaskan persaingan sengit ini wujud apabila PAS dapat memenangi
kerusi Dun Kuala Besut kedudukan kerusi akan menjadi seimbang iaitu
16:16 dan seterusnya rakyat Malaysia ingin menyaksikan apa akan berlaku
pada kedudukan kerajaan di Terengganu.
"Saya melihat Kuala Besut
ini ada peluang yang cerah untuk mencatat satu sejarah baru politik
negara apabila PAS memenangi kerusi dan kedudukan seimbang iaitu 16:16.
"Sekirannya
ini berlaku seluruh rakyat negara ini akan memerhati apa akan berlaku
kepada negeri ini dari segi sudut kerajaan yang akan memerintah,"
jelasnya.
Malah jelasnya lagi faktor kempen yang dilakukan pada
bulan Ramadhan juga banyak bersifat kepada program dalaman tidak terbuka
dan ia dilihat satu kempen yang berkesan.
"Ini menyebabkan
setiap jentera pasti yang bertanding tidak dapat mengetahui strategi
kempen yang dilakukan oleh parti lawan," katanya lagi.
Tuan
Ibrahim turut berpendapat calon yang dikemukakan oleh PAS pada kali ini
amat bertepatan kerana beliau merupakan anak tempatan dan dikenali
masyarakat setempat serta berpeluang untuk memenangi kerusi Dun Kuala
Besut.
Lelaki tular tampar isteri ditahan pagi tadi
5 weeks ago
0 Komen pengunjong :