BESUT:
Biar pun ayah calon BN, Che Ku Abdul Rahman mendakwa mempunyai keluarga
besar di sini, sebaliknya sebahagian daripada mereka diberitahu
bersedia untuk menyokong calon PAS, Azlan Yusof atau Che Long
Adun
Chukai, Hanafiah Mat mendakwa berdasar kepada pertemuan dengan anggota
keluarga calon BN, sebahagian mereka memberi komitmen bagi menyokong
calon PAS
“Saya sudah berjumpa sebahagian daripada mereka, dan
ramai menyatakan kesediaan untuk menyokong Che Long kerana lebih dekat
dengan masyarakat di Kuala Besut,” katanya pada ceramah di Seberang
Barat malam tadi.
Baru-baru ini Che Ku, bekas anggota
jawatankuasa Umno Besut mendakwa mempunyai seramai 3,000 anggota
keluarga yang memberi kelebihan kepada anaknya.
Seberang Barat sebuah perkampungan nelayan, di mana ramai mendapat bantuan bulanan daripada kerajaan.
Insentif
RM200 sebulan membuatkan sebahagian besar nelayan di situ terperangkap
dalam jerat Umno. Maka tidak hairanlah ia menjadi kubu kuat Umno di
Kuala Besut.
Kira-kira 70,000 nelayan di seluruh negara sejak September 2008 menerima bantuan sara hidup sebanyak RM200 sebulan.
Nelayan
diberi kad nelayan bagi melayakkan untuk menikmati elaun terbabit
dengan syarat perlu berdaftar dengan Jabatan Perikanan.
Selain itu
nelayan juga diberi bantuan bot dan enjin serta pelbagai kemudahan lain.
Bantuan tersebut menyebabkan nelayan terpaksa tunduk kepada tekanan
Umno.
Tekanan berterusan itu juga menyebabkan tidak ramai
penduduk tempatan tampil di hadapan pentas, tempat ceramah diadakan
malam tadi.
Sebaliknya mereka dilihat berada dalam gelap di
kawasan sekitar. Strategi itu bagi mengelakkan bantuan dinikmati mereka
sekarang terjejas.
Ceramah diadakan di Pasti di kampung tersebut. Sepanjang laluan ke tempat ceramah terdapat banyak bendera dacing.
Ada juga petugas BN sibuk memasang bendera dacing di kiri kanan jalan.
Hanafiah
berkata, nelayan di Kuala Besut perlu lebih berani bagi mengelakkan
mereka terus dipersendakan pemimpin Umno melalui pelbagai bantuan
kebendaan.
“Kalau pemimpin Umno beri apa sahaja ambil, tetapi undi belum tentu bagi kepada BN. Nelayan perlu ada keberanian untuk berubah.
“Tengok
projek perumahan untuk nelayan di sini sehingga sekarang tidak boleh
diduduki lagi. Rumah flat itu sebanyak 300 unit, namun borang yang
dikeluarkan sebelum ini difahamkan sebanyak 5,000 keping,” katanya.
Difahamkan
menjelang pilihan raya umum lalu borang memohon menduduki projek
perumahan nelayan diedar kepada golongan muda, sebagai senjata menarik
undi kepada BN.
Oleh itu Adun Chukai mengajak nelayan di Kuala
Besut membuat perubahan dengan memberi sokongan kepada Che Long untuk
membolehkan tekanan politik melampau terhadap mereka dibebaskan.
Kata beliau di tangan pengundi Kuala Besut bakal menentukan nasib kerajaan Terengganu pada 24 Julai ini.
Hadir
sama pada program berkenaan Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd
Yusof, Che Long dan wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS dari Perak,
Suria.
Ambil tanah rakyat
Sementara itu
difahamkan kerajaan BN Terengganu akan melakukan pecah tanah bagi
membina apartment mampu milik setinggi 4 tingkat di atas tanah milik
penduduk di Kampung Beris Lampu, Tok Saboh.
Tanah tersebut
sebelum ini diluluskan kerajaan negeri ketika ditadbir PAS kepada
penduduk, namun 'dirampas' semula kerajaan BN bagi melaksanakan projek
komersial.
0 Komen pengunjong :