Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Dedah nama syarikat kerana dakwat dibeli guna wang rakyat – Shamsul


KUALA LUMPUR 13 Julai: Kerajaan diingatkan supaya tidak memberi alasan dangkal ekoran kengganannya mendedahkan nama syarikat pembekal dakwat ketika pilihan raya umum lalu.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin merujuk kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim semalam bahawa kerajaan tidak akan mendedahkan nama syarikat terbabit.
“Apa yang kerajaan Umno BN mahu sembunyikan daripada pengetahuan rakyat? Sebagai pembayar cukai mereka juga berhak tahu nama syarikat pembekal dakwat itu yang jelas gagal membekalkan dakwat kekal.
“Keengganan kerajaan melindungi nama syarikat itu menyebabkan rakyat berasa teraniaya. Duit yang digunakan untuk membeli dakwat kekal bukan sedikit jumlahnya iaitu RM7 juta tetapi hasilnya sangat mengecewakan,” ujar Shamsul.
Shahidan semalam berkata kerajaan tidak akan mendedahkan nama syarikat berkenaan kerana khuatir dakwat tersebut akan dibeli oleh orang ramai dan berlaku “kekecohan” semasa hari pengundian.
Mengulas lanjut, Shamsul yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil berkata, alasan Shahidan itu amat memalukan dan sukar diterima.
“Saya bagi analogi mudah, daripada rakyat berebut-rebut membeli dakwat kekal itu, bukankah lebih baik mereka membeli kertas undi yang lebih besar kelebihannya untuk melakukan penyelewengan ketika hari pengundian.
“Shahidan perlu sedar bahawa dolak dalih kerajaan dalam isu ini akan terus memburukkan lagi imej mereka dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya ketika dihubungi.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan pelaksanaan dakwat kekal hanya gimik politik antara Umno BN dan SPR.
“Tidak mustahil syarikat pembekal itu adalah kroni Umno BN dan penggunaan dakwat kekal hanyalah gimik politik untuk membaiki imej Umno BN hanya ketika kempen pilihan raya lalu,” ujar Pengerusi KEADILAN Melaka itu.

0 Komen pengunjong :