Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

SAMM desak Ketua Pengarah KEMAS beri penjelasan


PETALING JAYA: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak supaya Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Datuk Hassan Md Amin memberi penjelasan mengenai surat yang ditandatanganinya bertarikh 9 Julai lalu.
Menurut Pengerusinya, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai che’GuBard, surat itu bertujuan memanggil beberapa agensi kerajaan untuk menghadiri mesyuarat penyelarasan program dan aktiviti parlimen Besut pada 10 Julai.
Di antara agensi yang terlibat ialah Biro Tata Negara, Majlis Keselamatan  Negara, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat , Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
“Jika surat ini benar, SAMM amat kesal kerana agensi-agensi kerajaan digunakan dalam kempen pilihnraya kecil Kuala Besut pada 24 Julai ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Penamaan calon telah diadakan pada pagi ini di Kg Raja yang menyaksikan pertembungan di antara calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman dengan calon PAS, Azlan@Endut bin Yusof.
“Ia membuktikan bahawa semangnya tanpa segan silu agensi kerajaan yang sepatutnya menumpukan pembinaan dan kebajikan rakyat menjadi alat politik dan malah menggunakan dana rakyat bagi tujuan kempen pilihanraya,” tegasnya.
Beliau hairan mengapa Suruhan Pilihan Raya (SPR) berdiam diri.
“Di mana SPR? Adakah ia buta atau membuta?” soalnya.
Beliau  mahu hentaman terhadap SPR diperhebat dalam dan luar negara kerana SPR gagal mengambil tindakan kepada BN yang menggunakan jentera kerajaan untuk berkempen dalam pilihanraya kecil Kuala Besut.
CheGuBard yakin jika SPR yang sama terus diberikan kepercayaan mengadili demokrasi pilihanraya Malaysia pada  PRU ke 14,  keadaan bakal menjadi lebih teruk.
Walaubagaimanapun selaku anggota biasa Parti Keadilan Rakyat komponen Pakatan Rakyat, beliau mengharapkan keajaiban dengan BN tumbang pada 24 Julai ini.

0 Komen pengunjong :