Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Kemiskinan jadi aset politik BN – Mustafa Ali

Rumah_Besut

KUALA BESUT, 13 JULAI: Kemiskinan penduduk di Kuala Besut seolah-olah dijadikan aset politik untuk mengikat kebergantungan mereka kepada Umno-BN, kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.
“Kemiskinan jadi aset politik. Kebergantungan kepada bantuan sangat tinggi,” kata Mustafa kepada pemberita pada sidang media di Bilik Gerakan Utama Pas di Kampung Baharu, Kuala Besut hari ini.
Menurutnya, pilihan raya kecil di Kuala Besut mengulangi sejarah tahun 1979 apabila dua calon dari parti sama bertanding pada PRK yang juga diadakan dalam bulan Ramadan.
“Tapi sejak 1979 hingga hari ini, tak banyak beza,” kata Mustafa memberitahu banyak isu tempatan yang seolah sengaja tak diselesaikan supaya rakyat terus bergantung kepada Barisan Nasional,
Katanya, berbanding kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN lain dalam Parlimen Besut, DUN Kuala Besut paling dipinggirkan.
“Pembangunan hanya ditumpukan ke Kota Putera dan Jerteh. Bangunan kerajaan, baik negeri mahu pun Persekutuan banyak di Jeteh,” katanya.
Tambah berkata, DUN Kuala Besut terus terpinggir apabila langsung tidak langsung sebarang institusi pengajian tinggi, pusat industri dan kemudahan awam.
“Di Kota Putera ada Institut Perguruan, ada Kompleks Taman Ilmu, ada Kompleks Rakan Muda. Di Kuala Besut tidak ada,” katanya.
“Ini bukti kegagalan Umno-BN membangunkan Kuala Besut sehingga ramai yang hidup susah dan terpinggir,” katanya.
Justeru, kata Mustafa, statristik kemiskinan dalam DUN Kuala Besut akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

0 Komen pengunjong :