Calon PAS Azlan Yusof berkata beliau tidak gusar dengan pengaruh
keluarga calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman yang didakwa sebagai
satu kelebihan kepada lawannya itu dalam pilihan raya kecil DUN Kuala
Besut.
"Sama sahaja (cara berdepan dengan Tengku Zaihan). Kita pun anak jati Besut. Kita pun ramai ahli keluarga. Sama sahaja.
"(Saya)
tak takut untuk berdepan (dengan keluarga besar Tengku Zaihan).
Insya-Allah, kita yakin menang pada kali ini. Kali ini giliran kami.
Insya-Allah," katanya Azlan, yang mesra dengan pangilan Che Long.
Bercakap
dalam satu sidang media hari ini, Azlan menjawab soalan pemberita
berhubung usaha beliau berdepan dengan Tengku Zaihan yang dilapor
mempunyai keluarga besar di Kuala Besut.
Sementara itu, pengurus
kempen Azlan, Hanapiah Mat berkata jentera PAS akan menumpukan usaha
untuk mendekati pengundi melalui kunjungan rumah ke rumah dan juga ke
premis perniagaan.
ADUN Chukai itu berkata, calon PAS itu juga
akan menemui pengundi di pasar Ramadan dan masjid di kawasan Kuala Besut
dalam kempen bertemakan "16:16 Terengganu Baru" itu.
"Selepas
perarakan (penamaan calon) esok, kita mengambil (pendekatan) kempen
terus bersentuh dengan rakyat... supaya rakyat lebih mesra kempen yang
kita laksanakan," katanya.
Menurutnya, Azlan sebelum ini setiasa
dekat dengan pengundi, terutama di kalangan nelayan, pengusaha keropok,
petani dan pegawai kerajaan.
Kenyataan berkenaan timbul susulan laporan akhbar
Sinar Harian
hari ini yang memetik kenyataan bapa Tengku Zaihan, Che Ku Abdul Rahman
berhubung pengaruh anggota keluarga mereka dalam pilihan raya kecil
kali ini.
Che Ku berkata, beliau yakin sebahagian besar daripada
kira-kira 3,000 orang anggota keluarganya itu akan memberi sokongan
kepada BN."Di kalangan ahli keluarga itu ada yang terdiri daripada
pembangkang, tetapi mereka menyatakan persetujuan untuk menyokong BN
kerana faktor keluarga," kata Che Ku Abd Rahman seperti dilaporkan
Sinar Harian.
Che
Ku juga berkata ahli keluarganya mempunyai persatuan keluarga dikenali
sebagai "keluarga Tuan Fatimah Tuan Long" malah turut mempunyai koperasi
persatuan itu.
Keluarga tiada kaitan dengan 16:16,
ReplyDeletepernah bapa PAS anak calon BN, bapa tetap dengan PAS.