KUALA LUMPUR: Ahli
Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mencabar Menteri Dalam Negeri,
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuktikan kenyataan bahawa 90 peratus
jenayah di Malaysia dilakukan bekas tahanan Ordinan Darurat (EO).
Beliau
berkata, Ahmad Zahid tidak perlu menunggu sehingga September untuk
membentangkan statistik dan kajian penuh yang didakwa jika sudah membuat
kajian dan memperoleh data.
“Kami hairan, kenapa beliau tidak
dedahkan sekarang ketika sesi Parlimen sedang berjalan. Tidak ada
masalah, beliau boleh sahaja memanggil sidang media bila-bila pun dan
tidak perlu tunggu dua bulan untuk membuktikan ‘betapa wajarnya Ordinan
Darurat itu diteruskan,” kata Pua dalam kenyataan.
Semalam, Ahmad
Zahid mendakwa akan membentangkan statistik penuh daripada kajian
terhadap jenayah yang berlaku pada sesi Parlimen akan datang untuk
mewajarkan EO serta membolehkan polis meletakkan suspek ditahan tanpa
bicara selama dua tahun.
Bagaimanapun, Setiausaha Publisiti DAP
itu berkata, kenyataan Ahmad Zahid itu sangat bertentangan dengan apa
yang didakwanya sendiri.
“Kalau ‘kajian’ itu wujud, sudah tentu 90 peratus penjenayah itu sudah boleh dikenal pasti, disiasat, ditahan dan didakwa.
“Tapi,
kalau mereka ditahan dan disiasat, dan masih kurangnya laporan, jadi
bagaimana mereka tahu jenayah masih berleluasa dan pihak polis masih
memerlukan EO. Adakah menteri cuba memberitahu kita bahawa mereka
mengenalpasti semua suspek bagi jenayah yang berlaku tetapi tidak mampu
menahan dan mendakwa mereka,” tambah Pua.
Pada masa yang sama,
Pua cuba membayangkan jika dakwaan Zahid yang menuduh kebanyakan
penjenayah adalah bekas tahanan EO adalah benar, ia juga tetap bukan
bermakna undang-undang zalim itu diperlukan.
“Ia akan hanya menunjukkan pihak polis tidak cekap!” ujarnya.
Lelaki tular tampar isteri ditahan pagi tadi
3 months ago
0 Komen pengunjong :