Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Celup atau calit, pastikan dakwat kekal

KUALA LUMPUR: Sama ada dicalit dakwat atau dicelup jari ke dakwat, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu memastikan dakwat yang akan digunakan pada pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut kelak benar-benar kekal.
"Isunya bukan calit, celup atau mandi sekalipun. Isunya dakwat itu mampu kekal ataupun tidak. Sebelum ini, ada orang pertikai kena calit dakwat di jari mereka. Tidak ada. Yang orang pertikai apabila dakwat yang dikatakan kekal, tidak kekal walaupun baru selesai membuang undi," tegas Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr. Mohd Hatta Ramli.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd yang menetapkan pengundi PRK Kuala Besut perlu mencelup jari telunjuk kiri ke dalam dakwat kekal yang disediakan pada hari mengundi dan tidak lagi sekadar dicalit oleh pegawai bertugas seperti yang dilakukan pada pilihan raya umum lepas.

Tambah Dr. Hatta yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai, untuk PRK Kuala Besut ini, SPR perlu memastikan dakwat yang akan diguna pada hari mengundi nanti benar-benar kekal.

"Janganlah SPR konon cuba hendak buat penambahbaikan dengan menukar cara dakwat digunakan.  Itu bukan isunya.  Kali ini, kena pastikan betul-betul dakwat itu dakwat kekal, bukan pewarna makanan," kata beliau sambil menyifatkan PRK kali ini bukan medan untuk SPR membersihkan imej atau penambahbaikan.

Katanya, kalau SPR ingin menebus kepincangan yang dilakukannya sepanjang tempoh pilihan raya berlangsung sebelum ini, terlalu banyak yang perlu dilakukan badan itu untuk tujuan tersebut.

"Kalau hendak tebus kesilapan SPR, tidak tertebus dengan ubah cara penggunaan dakwat ini.  Terlalu banyak kesalahan SPR.  Kalau hendak tebus juga, SPR kena buat banyak lagi (perubahan)," tegas beliau.
Abdul Aziz, dalam satu kenyataan mengulangi bahawa penggunaan dakwat kekal merupakan prosedur tambahan pengundian bagi mengelak sebarang percubaan mengundi dua kali oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Kali ini dakwat kekal akan digunakan pada hari pengundian awal 20 Julai dan pengundian biasa pada 24 Julai.

Sebelum ini, ramai pihak, khususnya Pakatan Rakyat dan juga pengundi melahirkan rasa tidak puas hati apabila dakwat yang dicalitkan di jari mereka hilang sejurus beberapa jam selepas membuang undi.

Ekoran itu, beberapa laporan polis dibuat memandangkan SPR sebelum itu memberi jaminan bahawa dakwat yang digunakan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu kekal bertahan selama tujuh hari.

0 Komen pengunjong :