Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Analisis mendapati media Cina terkedepan


AnalisisAnalisis mendapati akhbar berbahasa Cina menjadi media paling adil dan berimbang sepanjang tempoh berkempen dalam pilihan raya umum ke-13 yang lalu.

Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Chang Peng Kee berkata, dapatan itu diperoleh daripada analisis terhadap 7,481 laporan di Sin Chew Daily, Nanyang Siang Pau, Berita Harian, Utusan Malaysia, Star, New Straits Times, Tamil Nesan dan Malaysia Namban.

Analisis itu dibuat antara tarikh penamaan calon pada 20 April sehingga hari pengundian pada 5 Mei, katanya dalam seminar bertemakan "nilai pelbagai kaum dalam pilihan raya" di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Kuala Lumpur semalam.

Chang berkata, akhbar berbahasa Cina memberikan liputan wajar kepada semua pihak dan melaporkan dengan nada yang sama.

Manakala harian berbahasa Melayu mengambil pendirian pro-BN dan menghentam Pakatan Rakyat.

Harian berbahasa Inggeris dan Tamil pula pro-BN dengan kurang liputan negatif terhadap kempen Pakatan.

Bagaimanapun, kata Chang, data awal itu masih tertakluk kepada analsis lanjut.

Laporan Malaysiakini dianggap 'berwibawa'

Sementara itu, pembantu profesor di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Zeti Azreen Ahmad berkata, beliau membuat tinjauan terhadap 872 laporan Malaysiakini versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia antara tarikh yang sama.

Dapatannya mendapati, sebanyak 25 peratus laporan portal berita ini bersumberkan agensi berita nasional Bernama, sembilan peratus memetik akhbar lain dan 62 peratus kandungan sendiri.

"Walaupun di atas talian, Malaysiakini juga bergantung kepada sumber maklumat yang sama seperti media arus perdana.

"Bagaimanapun, Malaysiakini menjadi antara media yang paling dicari kerana tidak dikaitkan dengan kerajaan atau BN, malah bebas daripada kawalan kerajaan.

"Oleh itu, laporannya dilihat berwibawa, tepat dan mewakili kepelbagaian pandangan," katanya

Zeti juga memberitahu, 53 peratus liputan pilihan raya Malaysiakini "seimbang" mengenai kerajaan.

Beliau juga berkata, laporan di dada akhbar tidak boleh menjadi ramalan terhadap tingkah laku pengundi memandangkan BN gagal mendapat majoriti dua pertiga dalam Parlimen.

Beliau juga menegaskan tinjauaannya masih pada peringkat awal.

0 Komen pengunjong :