Rakyat sengaja dibiarkan miskin demi kepentingan politik, korporat

Rakyat sengaja dibiarkan miskin demi kepentingan politik, korporat

"Jikalau masalah berkenaan pembiayaan kempen tidak diselesaikan, ahli-ahli politik tetap akan lebih cenderung membiarkan rakyat terus merengkuk dalam kemiskinan kerana ia memudahkan mereka membeli sokongan politik dengan wang ringgit," kata seorang cendekiawan Bridget Walsh.
"Ini mungkin sudah sedang berlaku di sini. Apa yang berlaku di Malaysia Timur dari segi kadar kemiskinan menimbulkan persoalan kerana isu pembelian undi memang sudah lama berlaku di situ tetapi taraf hidup majoriti rakyat tempatan masih tidak berubah," ujar beliau.
Beliau yang sedang mengucap di sebuah wacanah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata demikian setelah ditanya apakah implikasi yang bakal berlaku jikalau isu pembiayaan kempen politik tidak ditangani.
Sebelum itu beliau dan James Chin, seorang lagi pensyarah, telah memberikan satu presentasi yang menunjukkan bahawa pilihan raya ke-13 yang telah menelan belanja sebanyak RM1 billion sehingga RM2 billion merupaka kempen politik yang paling mahal di dalam sejarah Malaysia.
"Persoalannya ini: Siapa yang sedang membiayai semua ini? Apabila orang korporat memberikan wang, sudah tentu ia bukan "percuma". Tentu ada udang di sebalik batu.
"Adakah kita "menjual" Parlimen kepada parti yang terkaya? Adakah kita mahu sistem seperti Amerika Syarikat dimana hanya jutawan mampu bertanding di dalam pilihan raya?" tanya Chin sambil menggesa supaya isu-isu ini didebat secara terbuka dan meluas.
Semasa menjawab soalan daripada seorang hadirin, beliau memberi amaran bahawa perbelanjaan kempen-kempen pilihanraya akan semakin hari semakin tinggi dan lambat laun pemerintah yang didirikan akan dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan minat khusus ("Special Interest Group").
"Ini sudah jelas boleh dilihat melalui cara projek infrastrucktur utama kerajaan dijalankan. Jikalau tiada tindakan diambil, saya yakin bahawa di dalam masa terdekat, kerajaan Malaysia akan didominasikan oleh empat kepentingan korporat yang besar," kata beliau tanpa menamakan korporat tersebut.
Pembiayaan Kempen
Walsh menambah bahawa masalah pembiayaan kempen juga akan menggalakkan penularan budaya korupsi, rasuah dan penyelewengan sambil membuka ruang yang lebih luas untuk sesebuah kerajaan dipengaruhi oleh kepentingan korporat.
Beliau juga menyatakan bahawa kemungkinan besar dana akan dialihkan daripada pembangunan jangka panjang demi meraih sokongan jangka pendek dan ini akan melebarkan jurang pendapatan di Malaysia.
Pembelian undi yang sebelum ini lebih berlaku di Malaysia Timur juga telah mula bertambah di Malaysia Barat dimana dapat dilihat lebih syarikat swasta mula menceburkan diri di dalam gejala ini, tambah beliau.
Penilaian Chin bahawa kempen pilihan raya akan terus meningkat disetujui Walsh dan beliau menambah bahawa impaknya akan bertambah buruk kepada pemerintah semasa kerana ia akan "dibebankan" untuk membelanjakan lebih dana awam dan duit rakyat.
"Proses reformasi sistem pilihan raya amat penting dan diperlukan dengan segera, terutamanya di dalam pengurusan dana. Reformasi pembiayaan kempen hanya akan menguntungkan pemerintah kerana pada akhirnya, merekalah yang terpaksa membelanjakan wang," kata beliau.

- Malaysia Chronicle

0 Komen pengunjong :