Peti undi awal cuba ditukar di lokap Kuantan

20130504-131928.jpg

KUANTAN 4 MEI: Penyandang Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mempertikai arahan Ketua Polis Daerah (OCPD) Kuantan, yang tidak membenarkan beliau turut serta mengeluarkan kertas undi dan dakwat kekal yang diletakkan dalam lokap pagi tadi, untuk diedar ke pusat pengundian.

Menurutnya, turut berada dalam lokap itu adalah peti undi awal.
Fuziah berkata, tindakan OCPD menghalang beliau daripada terlibat dengan prosedur itu boleh menyebabkan peti undi awal berkenaan terdedah kepada penyelewengan.
“Saya dapat maklumat ada cubaan untuk menukar peti undi awal ketika lokap dibuka. Ini perkara serius dan boleh mengancam keselamatan negara.
“Nyawa manusia dalam lokap pun boleh melayang, apalagi peti undi awal yang tidak boleh bersuara. Tindakan OCPD ini patut dikecam,” katanya kepada Keadilan Daily.
Tambahnya, arahan OCPD ini juga jelas bertentangan dengan kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menjamin peti undi awal itu boleh dijaga oleh wakil calon sepanjang waktu bermula pengundian awal 30 April lalu sehingga hari kertas undi dikira.
“Malangnya, arahan SPR itu tidak diendahkan apabila OCPD mengarahkan pula wakil calon pulang. Ini satu tindakan yang mencurigakan daripada anggota keselamatan.
“Sekarang saya pula tidak dibenarkan masuk dan saya tegaskan kepada OCPD bahawa lokap tidak boleh dibuka tanpa saya walaupun pegawai SPR sudah hadir.
“Tindakan OCPD ini buat saya hilang kepercayaan kepada institusi Polis Diraja Malaysia (PDRM),” kata Naib Presiden KEADILAN di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan ketika dihubungi.
Beliau tidak menolak kemungkinan Umno BN terdesak untuk berkomplot dengan polis mencuri keputusan undi awal.

3 comments :

  1. Umno bn penipu tak bolih di percayai selamanya tak kan tak tahu kot dasar haram jadah.

    ReplyDelete
  2. Kepada semua anggota PDRM. baik special branch atau cawangan lain,,,dan semua tentera baik kor risik, komando atau kor lain dan semua anggota RELA, Imigresyen, Agensi Dadah..disini dipohon agar tidak terlibat dengan sebarang penipuan terhadap rakyat..Jangan sekali kali berkerjasama dengan UMNO-BN untuk menipu rakyat..Fahamilah erti negara demokrasi, rakyat bebas memileh parti yang patut menerajui kerajaan..Kalau rasa dipergunakkan untuk tujuan menipu dalam PRU 13 ini,,,jangan bagi kerjasama..Tolong bagitau pekerja Parti Pakatan Rakyat akan sebarang tektik UMNO_BN untuk menipu...Sokonglag PAKATAN RAKYAT untuk teruskan amalam demokrasi di negara kita cintai ini.

    ReplyDelete
  3. Polis semuanya baik-baik. Tapi klu dah jadi anjing-anjing kompeni, maruah polis akan terjejas.

    ReplyDelete