Mesej pengundi kepada BN — perkauman membawa pulangan merosot

9 Mei — Jika dilihat daripada jumlah pengunjung di stadium di Petaling Jaya malam tadi selepas masyarakat Cina dipersalahkan sebaik sahaja keputusan pilihan raya diumumkan, ia menunjukkan rakyat Malaysia memberikan isyarat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).
Mesej yang cuba disampaikan adalah kebanyakan rakyat Malaysia mahukan agar isu perkauman yang menyelebungi Pilihan Raya 2013 segera dihentikan.
Disebalik keputusan pilihan raya yang dirasakan pengundi sebagai tidak adil dan bersih termasuk cubaan BN menyalahkan komuniti Cina.
Mereka yang menyertai perhimpunan malam tadi tidak mengira amaran polis bahawa ianya adalah perhimpunan haram. Dan bukan kesemua mereka pengikut setia Datuk Seri Anwar Ibrahim, atau ahli kepada tiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat (PR). Kecuali mereka adalah pengundi PR sebagai sebuah parti. Turut berada di sana adalah kumpulan remaja Malaysia dengan kepelbagaian kaum.
Ia seharusnya menjadi amaran buat ahli politik bahawa memainkan sentime perkauman akan memberikan pulangan yang merosot.
Analisis membuktikan undi bagi Pakatan Rakyat dan BN melangkaui garisan perkauman.
Jika ada pun, penganalisis hanya berkata berlakunya pemisahan pengundi bandar dan kawasan pedalaman, bukannya trend Melayu menentang Cina.
Realiti baru yang perlu diakui adalah PR kini menikmati sokongan daripada mereka yang dikenali sebagai pengundi bandar.
Pembangkang memenangi undi popular dengan sejumlah 50 peratus menggunakan platform anti rasuah termasukjuga perkongsian kekayaan negara dengan adil dan saksama.
BN memenangi sekitar 47 peratus undi popular namun masih menyaksikan kemenangan dan sokongan padu daripada pengundi luar bandar termasuk kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak.
Namun ribuan yang berkumpul di Stadiu MBPJ malam tadi, dan untuk semua rakyat Malaysia, kedua-dua BN dan PR perlu bekerja keras untuk mendapatkan lebih banyak undi.
BN danUmno telah menjadikan keadaan semakin sukar buat mereka apabila menyalahkan pengundi Cina yang m,engundi menentang kerajaan "Melayu" seperti mana yang dibangkitkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan akhbar Utusan Malaysia.
Akhbar Umno itu sudah boleh dijangka, dan banyak pihak yang merasakan ianya adlah satu penghinaan.
Daripada perkataan "Tsunami Cina" sehingga berita muka hadapan "Apa :agi Cina Mahu?" Umno hanya menambah kepada kejayaan PR iaitu sokongan yang mereka telahpun terima.
BN mungkin perlu diingatkan bahawa mereka berkuasa pada Ahad lalu dengan dakwaan penipuan.
Daripada menjadikan Anwar sebagai saaran atau pengundi Cina, BN dinasihatkan agar lebih baik baik untuk mendengar nasihat.

0 Komen pengunjong :