Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Siasatan polis terhadap pemimpin Pakatan bermotif politik

Gambar fotowarung.net

KUALA LUMPUR 9 MEI: Siasatan polis ke atas 28 pemimpin Pakatan Rakyat di bawah Akta Hasutan kerana berceramah pada Himpunan Suara Rakyat Suara Keramat malam tadi bukti mereka diperalat Perdana Menteri bagi menutup aduan berhubung penipuan dan penyelewengan dalam pilihan raya lalu, kata N Surendran.
Gambar fotowarung.net
Beliau yang turut terlibat menyampaikan ceramah di Stadium Kelana Jaya itu menyifatkan, siasatan tidak demokratik tersebut menyalahi undang-undang dan bermotif politik kerana mengganggu usaha Pakatan mendedahkan penipuan.
“Saya kesal dengan tindakan polis ini kerana mereka sepatutnya menyiasat salahlaku BN dalam pilihan raya, bukan menjadi alat BN,” tegas Naib Presiden KEADILAN itu.
“Saya juga terkejut apabila polis menggunakan Akta Hasutan 1948 untuk menyiasat pemimpin Pakatan, sedangkan pada Julai tahun lalu, Najib Razak berjanji kepada rakyat bahawa akta tidak bertamadun ini akan dimansuhkan, dan sekarang jelas beliau berbohong.
“Lebih malang lagi, akta zalim ini bertujuan mengekang kebebasan bersuara yang sepatutnya subur dalam budaya demokrasi. Adakah ini ‘Perdamaian Kebangsaan’ yang disebut Najib pada 6 Mei lalu?” soal Ahli Parlimen Padang Serai itu.
Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Hamzah berkata, kesemua mereka akan dipanggil dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948. Beliau bagaimanapun tidak menamakan pemimpin terlibat.
Ujar Surendran lagi, polis sepatutnya bertindak profesional dan adil bukan membazirkan dana awam hanya untuk memantau ucapan pemimpin Pakatan.
Katanya, kesesakan yang berlaku malam tadi menunjukkan polis gagal membantu melancarkan perjalanan trafik dan orang ramai yang mahu hadir ke stadium.
“Saya desak polis dan kerajaan Umno BN batalkan siasatan terhadap 28 pemimpin Pakatan yang dimaksudkan serta merta. Polis juga diminta mendedahkan sejauh mana penglibatan kerajaan dalam usaha menyekat pemimpin Pakatan.
“Segala usaha ini hanya melemahkan demokrasi. Pihak terbabit wajib bertanggungjawab atas kelemahan ini,” kata Surendran.

0 Komen pengunjong :