Seorang pengutip sampah di kampung Hadali bernama Nazuti gigih
membuat kerjanya. Seluruh kampung Hadali dijaganya dengan bersih dan
rapi.
Susah nak mencari sampah di mana-mana – di sungai mahupun
longkang semuanya bersih. Disebabkan usaha gigih Nazuti dan pasukannya,
nama kampung Hadali menjadi harum dan diiktiraf sebagai kawasan ke-7
terbersih di seluruh Tanah Islami.
Nazuti rasa gembira kerana
beliau dan pasukannya menjadi kampung Hadali sebagai satu kampung yang
selesa ditinggal. Melihat penduduk selesa menjadi kesyukuran terbesar
Nazuti.
Walaupun dengan pasukan yang hanya kurang daripada 10
orang, kejayaan membawa Hadali sebagai kampung ke 7 terbersih di Tanah
Islami amat mengkagumkan.
Nazuti tidak pernah membesar-besarkan
kejayaan beliau dan pasukannya. Bahkan warga kampung Hadali turut tidak
menyedari sumbangan beliau dan pasukan. Nazuti dan pasukan tidak pernah
mendapat satu pujian, namun mereka tetap gembira kerana telah berjaya
kerana menganggap telah melaksanakan amanah yang diberikan oleh Allah
swt.
Satu hari, Nazuti dan pasukannya terlupa mengutip beberapa
tempurung kelapa di dalam satu semak. Akibat hujan lebat, tempurung
kelapa dipenuhi air.
Seorang penduduk kampung menemui tempurung kelapa tersebut dan mendapati sudah dipenuhi jentik-jentik.
“Teruknya
pasukan menjaga kebersihan ini. Kerja tak bersemangat, malas – sekarang
tengok, tempurung kelapa ini dah penuh dengan jentik-jentik. Malulah
kampung Hadali!” penduduk kampung itu memberitahu semua orang.
Mendengar aduan tersebut, Nazuti dan pasukan segera mencari tempurung kelapa tersebut dan membunuh semua jentik-jentik.
“Pasukan
menjadi kebersihan ini dah hilang arah. Dah lupa tujuan mereka. Nazuti
kena letak jawatan. Cari orang lain yang memahami pentingnya kebersihan
di kampung Hadali. Orang yang tak faham acuan kampung Hadali dan malukan
kita perlu dibuang,” desak penduduk kampung itu lagi.
Nazuti
sedih dituduh sedemikian. Hasil usaha pasukannya selama ini bukan sahaja
tidak menerima pujian malah kini dipersalahkan kerana satu perkara yang
kecil. Pasukannya bekerja tanpa staf yang cukup dan memberikan
segalanya – tapi siapa yang tahu? Hanya Allah yang tahu.
Nazuti tidak mahu berlawan. Sebelum beliau membuka mulut ingin memohon maaf dan meletak jawatan… tetiba Ustaz Man bersuara.
“Papan
putih bersih kamu semua tak nampak. Yang nampak ialah titik hitam kecil
di atas papan putih dan merasakan itulah kekotoran yang mencemarkan
segalanya. Orang yang terlupa padam titik hitam dipersalahkan, orang
yang membuat titik hitam itu pula dilepaskan.
Nazuti dan
pasukannya ikhlas bekerja dengan gaji kecil sehingga menjadikan kampung
Hadali menjadi tempat ke 8 terbersih di Tanah Islami, pernah tak kamu
semua berterima kasih dan memberikan pujian padanya. Usaha mereka untuk
sehari dua, dah bertahun lamanya.
Sekarang jumpa tempurung kelapa
yang ada jentik-jentik riuh terus nak potong Nazuti dan pasukannya.
Silap Nazuti dan pasukannya ialah terlupa nak kutip sampah tempurung
itu. Tapi ada antara kita yang membuang tempurung itu merata kerana
merasakan ada orang yang akan datang mengutipnya itu kita tak nak
persalahkan? Adil ke?
Dan kamu yang menjumpai tempurung kelapa
itu – mengapa tak mencari salah pada orang yang membuang ke situ? Tapi
mencari salah pada orang yang terlupa membersihkannya? Itu logik apa?
Itu logik mana?
Insaflah kalian. Jika anda tidak mengerti memberi
pujian sewaktu orang berbuat baik berkali-kali, anda hilang kelayakan
mengkritik pada orang baik itu membuat kesilapan kecil,” kata Ustaz Man.
Mendengar
kata-kata Ustaz Man, seluruh kampung terdiam. Penduduk yang mengadu itu
terkedu dan akhirnya meminta maaf pada Nazuti dan pasukannya. Selepas
itu, seluruh kampung membantu Nazuti dan pasukannya untuk mengekalkan
kebersihan kampung Hadali dan tidak lagi sama tuduh-menuduh bila
terlihat sampai di tepi jalan, tapi terus membersihkannya sendiri.
Dapat maksud tersirat?
Jangan
kerana ada perkara sedikit yang kita tidak setuju, kita terus
menjatuhkan hukuman pada orang tertentu, walhal kita lupa memujinya
bertahun lamanya waktu dia menyumbang baiknya kepada dunia ciptaan Allah
ini.
Bila memandang ke langit, jangan terlupa kaki yang masih
memijak bumi. Begitu jugalah apabila kita melihat kesilapan orang lain,
tapi sering terlupa orang tersebut juga pernah berbuat baik.
Senyum
0 Komen pengunjong :