Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Zahid orang Melayu yang 'pongoh'


Orang Melayu menurut Munysi Abdullah ialah bangsa yang 'pongoh', cepat naik darah dan mudah hilang pertimbangan. Ketika marahnya mendidih mengelegak seperti air dalam cerek, perkataan pertama keluar dari rahang mulutnya ialah “Keluar engkau dari sini…”

Maka berlakulah sepertimana pernah kita dengar, si ayah menghalau anaknya keluar dari rumah, dan tak mengaku sebagai anak. Suami menghalau isterinya keluar rumah dan tak izin kembali lagi. Kemarahan hanya bisa diredakan dengan cara bertindak seperti itu. Itulah jatidiri bangsa Melayu!

Kelmarin, seorang menteri kabinet, iaitu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi melakukan tindakan yang sama dengan mengesa rakyat Malaysia yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia agar meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara lain yang cocok dengan mereka.

Zahid bertindak cara orang Melayu yang pongoh. Mungkin cara itu sesuai dizaman orang Melayu berjalan mundar mandir besisipkan keris di pinggang atau parang telanjang. Tapi tak sesuai di zaman facebook seperti sekarang!

0 Komen pengunjong :