Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Politikkan insiden Lahad Datu, Zahid Hamidi raih sokongan untuk BN


KUALA LUMPUR 27 APRIL: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi mempolitikkan insiden Lahad Datu di Sabah dan soal keselamatan negara semata-mata untuk meraih sokongan kepada BN dalam pilihan raya kali ini, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.
Beliau menyifatkan, kenyataan Zahid kononnya telah mengenalpasti tiga pemimpin Pakatan Rakyat sebagai dalang insiden Lahad Datu sebagai tidak bertanggungjawab.
“Beliau secara jelasnya memperolokkan soal keselamatan negara semata-mata untuk meraih sokongan kepada BN. Kenyataan beliau tidak bertanggungjawab,” kata Tian pada kenyataan hari ini.
Zahid bagaimanapun enggan mendedahkan nama pemimpin Pakatan yang dikatakannya itu dan membuat keputusan untuk menyerahkan maklumat tersebut kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya selepas pilihan raya.
“Segala kenyataannya seolah-olah kenyataan peribadi untuk mempolitikkan isu tersebut. Pencerobohan militan Sulu di tanahair kita perkara yang amat serius, jika apa yang dinyatakan Zahid adalah benar, tidak perlu tunggu sampai tamat pilihan raya,” kata Tian.
Calon yang akan mempertahan Parlimen Batu itu turut membidas Zahid kerana mengeluarkan kenyataan palsu berhubung situasi sebenar kejadian di Lahad Datu.
Menurutnya, akhbar The Star pada 25 April 2013 melaporkan, Zahid menyatakan 35 orang militan Sulu telah ditembak mati oleh tentera laut Filipina pada Rabu lalu kerana enggan berpatah balik ke negara itu. Zahid turut menyatakan bahawa kumpulan tersebut cuba memasuki Sabah untuk menimbulkan masalah sewaktu PRU 13.
Bagaimanapun, pihak tentera Filipina menafikan sama sekali dakwaan Zahid itu, malah mereka tidak menerima sebarang laporan yang mengesahkan dakwaan beliau.
“Kenyataan palsu Zahid mencerminkan beliau dan pentadbiran (Datuk Seri) Najib (Razak) mempolitikkan pencerobohan di Lahad Datu, sedangkan pencerobohan tersebut telah mengakibatkan kematian enam orang pasukan keselamatan dan 62 kematian di pihak militan Sulu,” tegasnya.
“Zahid juga memalukan nama negara di peringkat antarabangsa, terutama dalam hubungan Malaysia dan Filipina kerana menunjukkan beliau seorang Menteri Pertahanan yang tidak profesional dan tidak cekap dalam melaksanakan tugas,” kata Tian.

0 Komen pengunjong :