Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Penyokong jauh, Khalid Samad naik berang


SHAH ALAM: Suasana sedikit tegang di pusat penamaan calon Parlimen Shah Alam tengahari tadi apabila penyokong Pakatan Rakyat tidak dibenarkan mendekati kawasan Dewan Besar Tanjung Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Seksyen 19 di sini.
Pengumuman rasmi yang sepatutnya dibuat Ketua Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan terpaksa dihentikan seketika gara-gara calon Parlimen Khalid Samad tidak berpuas hati jarak penyokongnya agak jauh.
Selain pembesar suara yang kurang jelas kerana jauh, pemandangan mereka juga terhalang kerana lori kontena yang diletakkan di tepi dewan.
Berbeza dengan penyokong BN yang dapat mendengar dengan jelas melalui sistem pembesar suara dewan dan dapat melihat jelas di luar pagar.
Keadaan itu menimbulkan rasa tak puas hati Khalid yang mendesak polis memberikan ruang kepada penyokong Pakatan Rakyat mara sedikit ke hadapan untuk mendengar pengumuman rasmi.
Khalid pada mulanya yang berdiri dibarisan calon secara tiba-tiba menjadi emosi mahu keluar memanggil penyokongnya supaya bergerak kehadapan.
Namun dihalang Mohd Jaafar yang tidak mahu Khalid berganjak kemana-mana kerana bimbang jika keadaan menjadi tak terkawal.
Namun hasil kerjasama dan toleransi polis yang mengawal keadaan dan pegawai SPR, perkara itu dapat diselesaikan dan pengumuman  rasmi calon berjalan dengan lancar.
Bukan kerja mudah
Sementara itu diluar dewan Khalid dalam ucapan di hadapan kira-kira 1,000 penyokongnya menyeru mereka supaya jangan leka dan menganggap Pilihan Raya Umum (PRU) 13 kali ini menentang calon BN Datuk Zulkifli Noordin sebagai satu kerja mudah.
Katanya, perjuangan PRU kali ini bukan untuk menangkan calon sebaliknya untuk rakyat Malaysia membebaskan negara daripada cengkaman Umno-BN.
“Biar Shah Alam menjadi kerusi pertama yang mencatatkan kemenangan ke arah Putrajaya,” katanya disambut laungan takbir dan ‘Ini Kalilah’.
Sementara itu, calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga Rodziah Ismail ketika ditemui berkata beliau tidak gentar dengan persaingan tiga penjuru antara PKR, BN dan Bebas.
Katanya, pengundi Batu Tiga sudah bijak menilai calon pilihan mereka berdasarkan prestasinya semasa menjadi penyandang kerusi tersebut pada PRU lalu.
“Isu tiga penjuru itu mungkin usaha nak pecahkan undi tapi saya nak tegaskan yang pecah adalah undi BN,” katanya kepada pemberita.

0 Komen pengunjong :