Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Ketua Pemuda PAS lawan Saifudin di Temerloh

(Calon Pakatan di Temerloh)

TEMERLOH: P088 Temerloh menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara PAS dan Barisan Nasional (BN) apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan calon-calon bertanding tepat jam 11 pagi ini.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasruddin Hassan akan menentang penyandang kerusi parlimen tersebut, Datuk Saifudin Abdullah daripada BN.

Nasruddin telah menyerahkan borang penamaan pada jam 9.15 pagi, manakala Saifuddin pada jam 9.10 pagi.

Pertembungan dua penjuru juga membabitkan ketiga-tiga Dun di bawah parlimen Temerloh iaitu, N30 Mentakab, N31 Lanchang dan N32 Kuala Semantan.

Di Mentakab, calon DAP, Tengku Zulpuri Shah Puji akan menentang calon BN, Chua Boon Siong, manakala di Lanchang, Ahmad Nizam Hamid dari PKR akan menentang Mohd Shakar Shansuddin.

Sementara itu, di N32 Kuala Semantan, calon PAS, Syed Hamid Syed Mohamed akan menentang calon BN, Mohd Anuar Mohd Yunus.

Selesai pengumuman rasmi itu, kesemua calon Pakatan Rakyat bergerak menuju ke arah kumpulan penyokong yang terus bersemangat melaungkan takbir.

Seawal 9 pagi, penyokong BN begitu mendominasi suasana, bagaimanapun satu jam selepas itu, para penyokong Pakatan Rakyat mula mengambil alih suasana sehingga tempoh bersurai.

Semangat para penyokong Pakatan Rakyat semakin membara sehingga mereka bersurai pada jam 11.30 pagi.


Pada pilihan raya umum 2008 Saifuddin menang di Perliman Temerloh mengalahkan Ahmad Nizam dengan majoriti 2,441 undi. Saifuddin mendapat 21,381 manakala Nizam 18,940 undi.

Sementara itu perarakan calon-calon PAS pagi ini bermula di Lurah Temerloh menempatkan calon-calon dari PR bagi Parlimen Temerloh dan Parlimen Kuala Krau dengan disertai lebih 3,000 penyokong.

Calon-calon Parlimen Temerloh dan Dun-Dun dalamnya berarak ke Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh, manakala calon Parlimen Kuala Krau serta Dun Jengka, Jenderak dan Kerdau bergerak ke pejabat Majlis Perbandaran Temerloh di bangunan Plaza.

0 Komen pengunjong :