Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Isu militan Sulu: Zahid main sentimen nasional, raih sokongan BN


KUALA LUMPUR 25 APRIL: Kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa 35 militan Sulu ditembak mati pasukan keselamatan Filipina ketika cuba memasuki Sabah dianggap memainkan sentimen berbahaya antara Malaysia dengan Filipina.
“Adakah Zahid sudah membuat pengesahan? Kalau berita ini tidak benar, kenyataannya berbahaya kerana cuba memainkan sentimen antara negara Filipina dengan Malaysia,” kata bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid.
Media Filipina InterAksyon.com melaporkan kenyataan jurucakap tentera laut kawasan Barat Laut Filipina, Kolonel Edgard Arevalo bahawa pihaknya tidak menerima sebarang pengesahan terhadap dakwaan Zahid.
Manakala pemangku jurucakap tentera laut republik itu, Leftenan Komander Gregory Fabic berkata, pasukan Western Command dan Naval Task Force 62 yang menjaga perairan tempat militan itu ditembak juga menafikan dakwaan Zahid.
“Persoalannya mengapa nak buat kenyataan di sini? Adakah Zahid telah membuat tapisan maklumat? Kenyataannya langsung tidak mendatangkan keuntungan kepada mana-mana pihak,” tegas Ghafir.
Sementara itu, Laksamana Pertama (B) Imran Abdul Hamid menegaskan, kenyataan Zahid tidak terpakai kerana dia kini hanya memangku jawatan Menteri Pertahanan.
“Zahid Hamidi tak relevan. Tidak malukah dia sekarang ini yang tidak ada portfolio (Menteri Pertahanan)?” soal Imran.
“Sepatutnya yang buat kenyataan ialah Ketua Polis Negara atau Panglima Angkatan Tentera. Itu pun selepas dimaklumkan kepada Yang Dipertuan Agong,” kata Imran.
Malah beliau hairan kenyataan Zahid dibuat ketika pantai timur Sabah di bawah kawalan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).
“Apa lagi dia mahu? Bukankah Zahid dah dapat 15 kawasan DUN dan lima Parlimen?” sinis Imran, merujuk kawasan ESCOMM.
Sementara itu, Brigadier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab menyelar kenyataan semberono Zahid tanpa mengemukakan sebarang bukti.
“Jangan cuba nak tunjukkan kehebatan politik tanpa bukti tepat keadaan sehingga boleh menjejaskan hubungan antarabangsa.
“Ini dah dekat pilihan raya. Tak payah nak jadikan isu keselamatan negara untuk meraih sokongan politik kepada BN,” tegas Hadi.

0 Komen pengunjong :