(Hasil kajian yang dibuat oleh Pusat Kajian Pilihanraya dan Demokrasi Universiti Malaysia - UMCEDEL)
KUALA LUMPUR: 43 peratus penduduk Malaysia berpendapat Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih layak dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia berbanding 39 peratus untuk Datuk Seri Najib Razak.
Bagi pengundi Melayu pula, peratusannya lagi besar iaitu 54 peratus untuk Anwar dan 28 peratus untuk Najib.
Begitu juga pengundi kali pertama. 48 peratus dari mereka mengatakan ya kepada Anwar berbanding hanya 25 peratus untuk Anwar Ibrahim.
Kesemua mereka membuat keputusan itu berdasarkan soalan 'Pemimpin yang layak dilantik menjadi Perdana Menteri' dalam kajian yang dibuat oleh Pusat Kajian Pilihan raya dan Demokrasi Universiti Malaysia (UMCEDEL).
Kajian ITU membabitkan 1,407 responden itu dijalankan bermula hari pembubaran Dewan Rakyat sehingga 20 April lalu, iaitu pada hari penamaan calon.
"Peratusan keseluruhan siapa yang layak menjadi perdana menteri menunjukkan Anwar (dapat) 43 peratus manakala Najib 39 peratus," kata Pengarah Umcedel, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman dalam sidang media di Universiti Malaya hari ini.
0 Komen pengunjong :