Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Fitnah Pakatan terlibat insiden letupan, Muhyiddin mahu tutup kelemahan

Ahli Parlimen Batu, YB Tian Chua

KUALA LUMPUR 26 APRIL: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin wajar mencermin diri kerana tidak serius dan gagal menangani kes letupan di Nibong Tebal serta menjamin keselamatan calon dan orang awam.
Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, Muhyiddin ketika ini tidak sepatutnya bersikap terdesak dan tidak matang dengan mengambil kesempatan daripada insiden berkenaan untuk memfitnah Pakatan Rakyat.
Beliau merujuk laporan media berbahasa Cina hari ini berhubung kenyataan Muhyiddin yang mengkritik kempen Pakatan Rakyat kononnya semakin radikal dan keterlaluan berdasarkkan kepada insiden pengeboman itu.
“Muhyiddin sengaja memanipulasi insiden itu dengan mengheret Pakatan dan tujuannya untuk menambahkan perasaan benci dan takut rakyat terhadap Pakatan Rakyat,” kata Tian pada sidang media di pejabat KEADILAN Cabang Batu hari ini.
Sedangkan, menurut Tian, insiden di Nibong Tebal bukan kes keganasan politik yang pertama kerana sebelum ini, pada 9 Januari 2012 berlaku kes letupan di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas mahkamah membebaskan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada fitnah liwat.
“Pada tahun lepas juga berlaku cubaan untuk mencederakan Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dalam programnya di Gambang, Kuantan.
“Insiden terbaru pula (berlaku) malam tadi apabila kereta anak perempuan calon KEADILAN DUN Sri Andalas, Dr Xavier Jeyakumar yang diparkir dalam perkarangan rumah terbakar selepas dibaling bekas berisi minyak tanah oleh sekumpulan lelaki.
“Tetapi polis langsung tidak berusaha bertindak dan menangkap pihak yang bertanggungjawab,” kata calon yang akan mempertahan Parlimen Batu itu.
Maka, kata Tian, insiden pengeboman di Nibong Tebal juga menunjukkan kegagalan BN menangani keganasan politik sehingga menyebabkan budaya ini berkembang ke tahap lebih bahaya.

0 Komen pengunjong :