Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Malaysia mahu jadi hero atau pak sanggup?

KUALA LUMPUR :  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seolah-olah hendak menjadi hero dalam konflik di Asia Tenggara sedangkan gagal memahami situasi politik di rantau ini, kata Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Khatab.
Beliau merujuk tindakan Najib yang terlibat dalam perjanjian antara kerajaan Thailand dengan Barisan Revolusi Nasional (BRN), kumpulan pemisah di selatan Thailand, 28 Februari lalu.
Sebelum itu, pada Oktober tahun lalu, Najib menjadi penganjur kepada perjanjian kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), yang dikatakan antara punca krisis di Lahad Datu.
“Kita seolah-olah hendak menjadi juara dalam isu ini, sedangkan kita tak tahu apa dinamik politik dan pergolakan yang berlaku di Mindanao dan selatan Thailand,”
“Apakah kita (Malaysia) nak jadi hero atau Pak Sanggup sebagai orang tengah?,” katanya yang juga Pengerusi Majlis Rundingan Keselamatan KEADILAN.
Katanya, ketika negara sedang dibolosi penceroboh dari Selatan Filipina, Najib masih mahu menunjukkan kepada dunia kononnya mampu menyelesaikan konflik dan menganjur keamanan di Selatan Thailand.
Terdahulu, portal berita Filipina, Inquirer Globalnation, sebelum ini melaporkan, Sultan Sulu, Jamalul Kiram III menghantar kumpulannya ke Sabah kerana kecewa diketepikan dalam perjanjian damai antara Manila dan MILF.
Tragedi itu yang kini masuk minggu ke empat menyaksikan lapan anggota keselamatan negara terkorban.

0 Komen pengunjong :