Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Lagi bekas pemimpin tertinggi tentera sertai PKR


PETALING JAYA, 6 Mac ― Belum pun reda isu pencerobohan militan Filipina di Lahad Datu, hari ini, seorang lagi bekas pegawai tertinggi tentera, Ketua Turus Angkatan Tentera Darat, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein menyertai PKR. Md Hashim yang telah menamatkan kariernya dalam pasukan keselamatan pada 2002, telah berkhidmat selama 37 tahun, dan merasakan terpanggil untuk menyertai PKR atas rasa keyakinan terhadap kepimpinan PKR yang diketuai Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Saya secara sukarela, tanpa sebarang paksaan, saya rasa terpanggil dan ini satu tanggungjawab saya,” kata Md Hashim dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.
“Pada pandangan saya Pakatan Rakyat (PR) lebih ikhlas dan jujur, ada integriti  kepimpinan yang jelas,” katanya, yang juga pernah mengetuai pasukan atur gerak cepat angkatan tentera.
Penyertaan Md Hashim itu menjadikan keseluruhan lima bekas pegawai tertinggi pasukan keselamatan tersebut menyertai PKR.
Sebelum ini, Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid, Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Al-Khatab, Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid, dan Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad mengisytihar menyertai PR.
Mengulas berkenaan insiden di Lahad Datu, Md Hashim berkata, tempoh yang begitu lama untuk diuruskan kerajaan telah menimbulkan persoalan.
“Ini bukan perkara kecil, saya bukan nak marah kepada pasukan keselamatan, mereka jalankan tugas sebaik mungkin ... Ini perkara amat rapat kepada naluri saya,” katanya yang pernah menjadi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Pakistan selama tiga tahun.
Md Hashim turut berkata, dakwaan-dakwaan yang dikeluarkan bekas pegawai tertinggi tentera yang menyertai PKR sebelum ini berhubung fasaliti angkatan tentera di negara ini juga adalah benar, dan perlu diberi perhatian serius.
“Kami tidak berniat membantah pemimpin tertinggi terdahulu, apa yang kami nyatakan adalah perkara benar,” katanya.

0 Komen pengunjong :