Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Keganasan berterusan bukti Umno tertekan dengan ‘kekalahan’

hqoecah

KUALA LUMPUR 12 MAC: Keganasan berterusan yang dicetus kumpulan samseng dalam tempoh kurang seminggu, dari Bukit Katil, Melaka hingga ke ibu pejabat KEADILAN, membuktikan Umno BN kian terdesak.
Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan, berkata  kekerapan keganasan juga menunjukkan Umno BN tidak mampu bangkit dari kekalahan pada 2008.
“Keyakinan untuk terus memerintah merudum. Maka atas kedudukan getir itu, penyokong Umno tertekan dan mula membuat kacau menyedari mereka ‘dipelihara’ undang-undang,” katanya.
Semalam, sekumpulan hampir 30 samseng membuat kecoh di depan ibu pejabat KEADILAN, Petaling Jaya, menyebabkan seorang kakitangan, S Balakumaran cedera di leher akibat terkena kayu manakala dadanya dibaling batu dan telur , selain banyak harta benda rosak.
Pada 8 Mac lalu, berpuluh-puluh samseng bertindak liar dengan melontar batu ke arah bas Jelajah Merdeka Rakyat, selain menyerbu tapak ceramah di Kampong Bukit Katil, Melaka.
Empat cermin bas pecah, malah Datuk Seri Anwar Ibrahim juga terkena serpihan kaca manakala seorang pengawal keselamatannya, cedera di mata terkena serpihan cermin manakala seorang lelaki lain, kepalanya berlumuran darah.
Wartawan Keadilan Daily, Mohd Arif Juhani turut terkena serpihan kaca di muka.
Pada kenyataan media, Edy Noor bimbang keganasan sedemikian berlarutan pada musim pilihan raya jika tidak dibendung berikutan ia turut melibatkan objek seperti kayu dan lontaran telur.
“Tangkapan harus dilakukan ke atas penganjur perhimpunan untuk kekang keganasan.  Terdapat beberapa video yang boleh dijadikan bahan bukti,” katanya.
Beliau berkata, Pakatan Rakyat sebagai entiti berwibawa dan bertamadun, tidak bertindak balas kerana percaya keganasan Umno BN hanya memberi kemenangan lebih besar.

0 Komen pengunjong :