Lagi lambat pilihanraya di adakan lagi kuat bukti yang penangguhan yang begitu lama itu adalah di sebabkan ketakutan UMNO dan BN menghadapi kekalahan. Seperti yang di sebut selalu di sini Najib merupakan satu-satunya Perdana Menteri yang tidak di pilih sampai penghujung penggal pilihanraya. Selalunya mana-mana Perdana Menteri yang baru mengambil alih jawatan itu tidak akan sabar-sabar untuk mengadakan pilihanraya bagi mendapatkan mandat yang terus dari rakyat.
Seorang Perdana Menteri itu mahu
tahu sejauh mana sokongan orang ramai dan itulah yang menyebabkan semua Perdana
Menteri sebelum Najib telah memanggil pilihanraya sejurus selepas mangambil
alih jawatan itu. Ramai orang berkata Abdullah Badawi itu lemah dan tidak
‘effective’ tetapi apa pun orang kata terhadap beliau, Abdullah telah memanggil
pilihan raya selepas empat bulan mengambil alih jawatan PM itu dari pemimpin
yang boleh berjalan di atas air, iaitu Dr Mahathir Mohammad.
Abdullah telah mendapatkan ‘endorsement’
dari rakyat dan beliau telah mendapat mandat yag begitu besar, iaitu
kedua
terbesar selepas pilihanraya tahun 1955 dahulu. Dalam pilihanraya 1955
itu
hanya seorang wakil Perikatan yang kalah iaitu Sulaiman Palestin di
Pulau Pinang Selatan. Tetapi sehebat-hebat Najib seperti yang
di war-warkan oleh UMNO pada hari ini, hendak memanggil pilihanraya pun
takut
dan tidak berani menghadapi risiko politiknya.
Beberapa hari yang lepas Najib
memberitahu kita yang beliau sengaja
menangguhkan pilihanraya ini kerana hendak menunggu hasil Program Transformasi
Ekonomi (PTE) yang telah beliau lancarkan itu. Kalau begitulah alasan beliau
maka pilihanraya mungkin tidak di adakan dalam tempoh empat atu lima tahun lagi kerana
apa-apa program kerajaan yang baru itu akan hanya mendatangkan hasil, jika ada,
selepas tempoh yang panjang.
Mengikut perlembagaan tempoh
tamat penggal ini ialah 28hb April nanti. Tidak mungkin hasil transformasi ekonomi
beliau itu akan kita dapati dalam masa sesingkat itu. Alasan itu amat dangkal
sekali dan tidak boleh di terima akal walau pun kepada mereka yang buta
huruf. Najib lupa yang seorang insan
itu mempunyai mata hati yang amat mudah untuk melihat siapa yang berbohong dan
siapa yang di bohongi.
Apa yang diperkatakan Najib itu
tidak siapa yang akan mempercayainya. Hanya kepada yang mahukan beliau
berbohong sahaja yang akan memberikan anggukkan kepada kenyataan Najib itu. Isu
sebenarnya ialah isu ketidak yakinan beliau terhadap sokongan ramai terhadap
UMNO itu dan juga masalah yang mungkin beliau hadapi didalam UMNO itu sendiri.
Kemenangan besar adalah wajib
bagi Najib perolehi tetapi harapan itu tidak akan menjadi kenyataan kerana
ramai rakyat telah membuat ketetapan di hati masing-masing untuk meninggalkan
UMNO dalam pilihanraya ini dengan memberikan undi kepada pihak pembangkang.
Saya selalu bercakap dan ramai lagi manusia telah menunjukkan apa yang bakal di
hadapi oleh Najib jika beliau tidak dapat memperolehi kemenangan besar dalam
pilihanraya nanti. Bagaimana Najib hendak mendapatkan kemenangan besar
sedangkan untuk mendapatkan sedikit lagi sokongan untuk mendapat kemenangan
kecil pun tidak akan dapat beliau perolehi.
Bagi saya Pakatan Rakyat hanya
perlu untuk menjaga dan mengawal keadaan yang sedang memihak kepada mereka.
Pakatan Rakyat tidak boleh melakukan sedikit kesilapan dalam tindakan mereka
menghadapi pilihanraya ini. Pakatan perlu ingat yang mempertahankan sokongan
rakyat terhadap mereka sekarang lebih payah dari mendapatkannya. Mana-mana
parti dalam PR jangan sekali melakukan kesilapan. Pakatan tidak boleh melakukan
kesilapan yang di sengajakan atau pun kesilapan yang tidak di sengajakan.
Alasan Najib yang mengatakan
penangguhan pilihanraya ini di sebabkan untuk menunggu hasil PTE beliau itu
adalah bukti kukuh yang Najib tidak berkeyakinan untuk memenangkan BN dalam
pilihanraya ini. Najib sedang berperang untuk mempertahankan kewibawaan palsu
beliau di mata rakyat. PI Balasubramaniam telah kembali untuk membantu apa yang
sedang dilakukan oleh Deepak dan lain-lain yang menuduh Najib dengan
berbagai-bagai isu yang ganas itu. Isu terhadap Najib datang bertimpa-timpa.
Tetapi isu yang bakal di hadapi
oleh lain-lain pemimpin dalam UMNO tidak kurang ganasnya. Jika Muhyiddin
mengambil alih sekali pun isu terhadap beliau pun bukannya kecil. Begitu juga
isu terhadap lain-lain pimpinan kanan UMNO sekarang ini. Mereka terlalu kaya
dengan isu-isu negatif dan tidak siapa pun dikalangan pimpinan UMNO dalam
Majlis Tertinggi parti itu tidak mempunyai isu yang tidak mempunyai moral untuk
mentadbir negara. Mereka, seperti yang saya selalu katakan itu, adalah dari
acuan yang sama.
Pendeknya formula yang paling
baik untuk menyelamatkan negara dan kerajaan kita ialah untuk melakukan
perubahan dan kita tinggalkan pentadbiran dan politik yang tersangat menghimpit
pemikiran rakyat yang dahagakan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab seperti
UMNO ini.
Jika benar Najib seorang yang bertanggungjawab beliau tidak akan melakukan apa yang sedang beliau lakukan
hari ini. Inilah dia hasil dari didikan kepada petualang politik negara
khususnya orang Melayu Dr Mahathir Mohammad.
Kata perpatah, ‘keruh air di hulu maka keruh dihilir’. Kekeruhan politik
negara bermula dari permainan politik Mahathir selama 22 tahun dan budaya
politik kini masih di pengaruhi oleh isu Dr Mahathir.
UMNO tidak akan kekal sebagai
UMNO parti orang Melayu tetapi ia akan terus menjadi parti untuk segelintiran
Melayu yang tamak kuasa dan mempunyai mentaliti ‘migrant’ yang tidak akan dapat
di tanggalkan dari imej ini buat selama-lamanya.
Kita tidak tahu bagaimana lagi
UMNO hendak menyelamatkan diri mereka untuk masih menjadi parti yang relevan
untuk rakyat yang terlalu dahagakan pimpinan yang telus dan jujur untuk menempa
hari muka yang mencabar.
0 Komen pengunjong :