KUALA
LUMPUR, 27 Feb — Ketua kumpulan penceroboh Raja Muda Agbimuddin Kiram
yang telah berkampung di Lahad Datu, Sabah selama dua minggu lebih
enggan berganjak dengan pendirian mereka untuk kekal berada di
perkampungan tersebut mereka dan sedia berkorban sekiranya tuntutan
mereka tidak dipenuhi.
Agbimuddin yang dipetik berkata kepada radio Filipina, Radio Inquirer
jam 9 pagi tadi berkata setuju untuk berunding secara damai tetapi hak
mereka perlu dipastikan terbela.
“Ya, kami mahu berdamai.
“Tapi ia hanya selagi hak kami tidak diambil daripada kami,” kata Agbimuddin.
Pemimpin tersebu yang mengaku sebagai Askar Kesultanan Sulu juga
tidak menolak akan berlaku pertumpahan darah sekiranya mereka diserang
oleh pihak berkuasa Malaysia.
“Tiada jalan lain selain mempertahankan diri.
“Terus berjuang atau mati,” kata Agbimuddin lagi.
Dalam pada itu, Agbimuddin juga membidas kenyataan oleh Presiden
Filipina Benigno Aquino kepada Kesultanan Sulu bahawa mereka akan
berdepan tindakan undang-undang sekiranya tidak menamatkan pencerobohan
di Sabah tersebut.
“Kami hanya lakukan apa yang kami rasakan betul. Saya rasa tiada
undang-undang yang menghalang kamu daripada menuntut perkara yang
betul,” ujar beliau lagi.
Ketua penceroboh juga menegaskan bahawa tujuan mereka mendarat di
perkampungan tersebut bukan untuk mencari persengketaan, memandangkan
kedua-dua negara menganut agama sama iaitu Islam.
Pada 13 Februari lepas, pasukan keselamatan Malaysia menahan
sekumpulan warga asing bersenjata yang berpakaian tentera kerana
menceroboh perairan Lahad Datu, Sabah.
Jumaat lalu, Manila menggesa sekumpulan 100 warga negara itu yang
bersenjata dan kini dikepung pasukan keselamatan Malaysia di pesisir
pantai berhampiran Lahad Datu, Sabah pulang ke pangkuan keluarga
masing-masing di tanah air mereka.
Setiausaha Ketiga dan Naib Konsul Kedutaan Besar Filipina di Kuala
Lumpur Johann Veronica M. Andal berkata pasukan tentera dan polis negara
itu kini memantau serta bertukar maklumat dengan rakan sejawatan mereka
di Malaysia dalam usaha mencari penyelesaian segera insiden itu.
Sabah merupakan sebahagian dari Kesultanan Sulu sehingga Syarikat
Berpiagam Borneo Utara British (British North Borneo Chartered Company)
pada 1881 dan menjadi sebuah negeri naungan Empayar British pada 1888.
Walaubagaimanapun, hal ehwal dalam negeri masih diselaraskan oleh
Syarikat. Pemerintahan Syarikat tamat pada 1946 dan Sabah kemudiannya
menjadi tanah jajahan Borneo Utara sehingga penyertaanya dalam
Persekutuan Malaysia beserta Sarawak dan Singapura pada 16 September
1963.
esok akan jadi macam batu putih dan telaga minyak dapat kat org lain, itulah kehebatan melayu umno sama aje dgn tanah simpanan melayu. HIDUP MELAYU (sentiasa kena tipu oleh pemimpin melayu aje)
ReplyDeleteSaya dari Lahad Datu berharap agar perkara ini dapat diselesaikan segera. Nak kata aman tapi tiap hari kami melihat pergerakan tentera di sekitar pekan Lahad Datu. Sebenarnya merekan yang menceroboh Lahad Datu secara terang itu tidak ramai tapi penceroboh yang masuk secara senyap di Lahad Datu ini melebihi bilangan penduduk tempatan. Adakah ini tidak mendatangkan bahaya kepada negara ?
ReplyDelete