Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Polis dakwa tidak cukup bukti untuk menyiasat pembunuhan Sugumaran


KUALA LUMPUR — Polis mengatakan tidak cukup bukti untuk memulakan siasatan  kes kematian pengawal keselamatan C. Sugumaran sebagai kes bunuh.
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk A Thaiveegan berkata saksi yang mendakwa terlihat anggota polis bersama sekumpulan orang ramai memukul lelaki berusia 39 tahun sehingga mati Rabu lalu harus tampil kehadapan bertemu dengan pihak polis.
“Kamu boleh kata pihak keluarga ada bukti, jika ada, mereka harus bawanya kepada polis bagi membantu siasatan,” kata Thaiveegan kepada The Malaysian Insider hari ini melalui sistem pesanan ringkas.
“Hanya jika keluarga berkomunikasi dengan polis secara langsung, inkues akan dijalankan di bawah undang-undang dan polis akan mengikut prosedur undang-undang,” katanya lagi.
Keluarga Sugumaran menolak cadangan polis untuk mengadakan inkues ke atas kematian Sugumaran, dan menuntut siasatan pembunuhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Peguam keluarga Sugumaran, N Surendran juga berkata terdapat bukti jelas ianya adalah kes bunuh, dan mengatakan inkues hanya diperlukan sekiranya terdapat keraguan dalam punca kematian.
Tiga orang saksi — R. Moohanarajan, 21, S. Sugunan, 35, dan R. Vasandh, 16 — memberitahu The Malaysian Insider Khamis lalu bahawa anggota polis menggari Sugumaran sebelum bersama sekumpulan hampir 20 orang ramai, memukul beliau sampai mati berhampiran rumahnya di Batu 12, Hulu Langat pada hari Rabu.
Moohanarajan berkata anggota polis tersebut membaling serbuk kunyit ke muka Sugumaran dan memijak tengkuknya.
Namun pada Khamis, ketua polis daerah Kajang Asst Comm Abdul Rahman Abdul Wahab menafikan anggotanya menyerang pengawal keselamtan itu sehingga mati, dengan merujuk kepada laporan bedah siasat Hospital Serdang menunjukkan beliau mati akibat serangan jantung.
Menurut polis, balai polis Batu 14 Hulu Langat menerima panggilan jam 6.30 petang hari Rabu dari seorang lelaki mengatakan Sugumaran mengamuk dan merosakkan harta awam.
Abdul Rashid berkata tiga orang anggota mengekori Sugumaran dengan kereta peronda dan motorsikal, sejauh dua kilometer dari Dusun Sri Nanding ke Taman Lagenda Suria di Hulu Langat dengan menghayunkan besi dan memecahkan pasu bunga rumah dan wayar elektrik sehingga beliau jatuh di tengah jalan.
Abdul Rashid berkata polis menggari Sugumaran, dengan bantuan 10 orang ramai, yang kemudiannya meronta-ronta, tetapi mengatakan tidak ada serangan ke atas pengawal keselamatan tersebut.
Surendran berkata semalam polis masih belum bersetuju ke atas bedah siasat kedua ke atas mayat Sugumaran walaupun menerima bantahan daripada keluarga mendiang.
Surendran yang juga naib presiden PKR, berkata keluarganya akan mengadakan demonstrasi membantah di hadapan ibu pejabat polis Bukit Aman esok.

0 Komen pengunjong :