Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Gani Patail gagal sebagai Peguam Negara, manjakan Perkasa : Lim Guan Eng


GEORGE TOWN, 28 JAN: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail ditempelak kerana kegagalan dan keengganannya mengambil tindakan terhadap Perkasa yang menyalakan api kebencian dengan menyuruh umat Islam membakar Bible dengan alasan bahawa kitab suci penganut Kristian itu belum pun dibakar.
Rakyat nyata menolak tindakan golongan ekstrimis yang bukan saja mahu membakar Bible tetapi juga sebenarnya mahu ‘membakar’ negara apabila pesta bakar Bible yang digembar-gembur mahu diadakan di Pulau Pinang ternyata gagal sama sekali.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam kenyataan medianya mengucapkan terima kasih kepada polis Pulau Pinang dan anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) kerana mengambil langkah menghalang terjadinya perkara yang tidak diingini itu di Dewan Ahmad Badawi, Butterworth, semalam.
Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP menyifatkan kegagalan ‘pesta’ itu menunjukkan mesej jelas mengenai keperluan untuk sama-sama hormat menghormati antara pelbagai agama serta inginkan keamanan dan kesejahteraan.
Beliau berkata, Kerajaan Negeri Pulau Pinang terus menggesa Peguam Negara mengambil tindakan terhadap pemimpin Perkasa yang menyeru membakar naskhah Bible dan bukan sebaliknya melayan mereka dengan baik.
“Hanya kerana Perkasa menerima sokongan jitu UMNO tidak memberikan Perkasa kekebalan daripada undang-undang atau kebebasan untuk mencela orang bukan Islam atau menafikan hak asasi orang bukan Melayu,” ujarnya.
Guan Eng berkata, warga Malaysia amat bersyukur kerana orang Islam dan orang Melayu menolak taktik ekstremis sedemikian yang beliau samakan dengan strategi Hitler dan parti Nazi di Jerman dan Perang Dunia Kedua.
Menurut Guan Eng, Abdul Gani Patail telah memperlihatkan bahawa dia langsung tidak layak dan sesuai menjadi Peguam Negara.
Gani Patail memberi alasan bahawa Perkasa belum pun membakar Bible dan hanya akan mengambil tindakan apa Perkasa sudah berbuat demikian.
“Adakah ini bermakna jika seseorang mengugut untuk membunuh seorang yang lain, tiada tindakan akan diambil sehingga mangsanya benar-benar dibunuh?” soal Guan Eng.
Katanya, kegagalan Peguam Negara mengambil tindakan ke atas Perkasa hanya akan menggalakkan tindakan yang serupa pada masa hadapan oleh puak ekstrimis untuk menggugat kesejahteraan rakyat berbilang kaum.

– Roketkini.com

0 Komen pengunjong :