Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Pasaran saham terendah sejak Sept 2011 kerana ketidaktentuan pilihan raya


KUALA LUMPUR, 21 Jan — Bursa Malaysia Indeks Komposit hari ini susut 2.43 mata, rekod terendah dalam penurunan kadar 2.5 peratus pada September 26, 2011, menunjukkan pasaran saham kini tidak menentu menuju pilihan raya 2013.
Disember lalu, Nomura Equity Research melaporkan terdapat ketidaktentuan menuju pilihan raya umum akan datang yang mempengaruhi pasaran ekuiti dalam separuh kedua tahun ini. — Gambar AFP Indeks itu merosot kepada 1,683.63 mata apabila pasaran ditutup hari ini, turun 40.81 mata dari pagi ini, walaupun Reuters melaporkan pasaran di Asia Tenggara mengalami peningkatan. Seorang penganalisis yang namanya enggan didedahkan berkata spekulasi mengenai pilihan raya sedang berlaku, dimana pertarungan sengit antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).
“Laporan mengenai pilihan raya dan pertandingan sengit ini menakutkan pasaran,” kata penganalisis kepada The Malaysian Insider hari ini.
Tetapi penganalisis itu juga mengatakan beberapa saham meningkat mendadak seperti Dutch Lady sebagai contoh.
Gerald Ambrose, pengarah urusan Aberdeen Asset Management berkata, para pelabur kini melihat keputusan pilihan raya sebagai faktor “risiko”.
“Saya cuma berkata pasaran akan lebih berisiko jika mereka masuk ketika menunggu keputusan pilihan raya.”
Gerald turut mengatakan terdapat tanda-tanda bahawa Pilihan Raya 2013 akan dilangsungkan secepat mungkin.
Khabar angin turut bertiup kencang bahawa pilihan raya mungkin berlangsung pada awal Mac dan negara masih berteka-teki dalam mengetahui tarikh pilihan raya di mana penggal Parlimen tamat 28 April ini.
Tetapi Gerald mengatakan pasaran saham Malaysia “masih lagi menarik dari segi mendapatkan dividen,” berkata pasaran Asean “paling tidak bermaya di seluruh Asean pada 2012”.
Beliau mencadangkan para pelabur untuk mengambil langkah jangka panjang dimana tidak perlu risau mengenai kesan keputusan pilihan raya terhadap pasaran.
Pelabur dilaporkan membeli saham yang berprestasi tinggi untuk mendapatkan keuntungan sebelum pilihan raya.
Syarikat telekomunikasi seperti Axiata Group Bhd dan DIGI turun masing-masing sebanyak 34 sen dan 21 sen kepada RM6.30 dan RM4.93.
Bank seperti CIMB dan PBB turun sebanyak 34 sen kepada RM7.24 dan RM15.80.
Disember lalu, Nomura Equity Research melaporkan terdapat ketidaktentuan menuju pilihan raya umum akan datang yang mempengaruhi pasaran ekuiti dalam separuh kedua tahun ini.
Apa yang membimbangkan mengenai ketidaktentuan, Nomura Equity Research juga meletakkan prestasi Malaysia tahun lalu sebagai “underweight” — status yang diberikan kepada pasaran yang tidak berprestasi baik, sama seperti negara-negara Asia Tenggara lain kecuali Singapura.
“Kita memikirkan bahawa kebimbangan tentang keputusan pilihan raya ini akan menjadikan pasaran makin susut,” kata penganalisis penyelidikan Nomura bagi strategi Asia, Michael Kurtz.
“Malaysia adalah salah satu dari pasaran, di mana kerajaan, orientasi perubahan, dan dasar fiskal kerajaan memainkan peranan penting dalam pencapaian ekonomi.”
Menurut Nomura, apabila kerajaan menangguhkan pilihan raya dan mencetuskan persepsi ketidakstabilan politik, ini mengakibatkan penyusutan bursa saham Malaysia lalu membawa kepada kejatuhan teruk pada harga ekuiti.
Penganalisis berpendapat pada Disember lalu bahawa ketidakstabilan daripada perubahan politik akan memberi impak kepada pasaran saham selepas pilihan raya ke-13.
Penyelidik Dr Michael Lim Mah Hui memberi amaran bahawa keadaan huru hara dan sentimen negatif akan memberi impak serius berbanding prospek Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya.
“Saya tidak bersetuju bahawa pasaran saham akan runtuh sekiranya bertukar kerajaan.
“Jika kerajaan baru lebih bersih, ia lebih baik untuk pasaran saham. Isu utamanya ialah untuk mengelak ketidaktentuan,” kata penyelidik Institut Penyelidikan Sosio-Ekonomi dan Persekitaran (SERI) kepada The Malaysian Insider Disember lalu.
Dalam masa sama, Lim menegaskan pelabur akan takut dengan ekstremis yang memainkan isu seperti perkauman dan keagamaan.

0 Komen pengunjong :