KUALA
LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dicabar
mengadakan mesyuarat tergempar Parlimen bagi membersihkan dirinya
daripada semua dakwaan serius yang berlegar di sekelilingnya yang timbul
daripada perkembangan sejak dua bulan lalu.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata ini kerana sudah hampir
sebulan negara dikejutkan dengan satu demi satu pendedahan mengenai kes
pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu membabitkan akuan
bersumpah kedua penyiasat persendirian, P Balasubramaniam dan dakwaan
serius ahli perniagaan, Deepak Jaikishan terhadap Najib dan keluarganya.
“Sekarang ini yang menjadi tanda tanya rakyat Malaysia sama ada
kebenaran mengenai kes pembunuhan misteri Altantuya menggunakan C4 yang
didakwa membabitkan Najib dan isterinya, Rosmah Mansor hanya akan
terjawab jika berlaku pertukaran kerajaan di Putrajaya pada Pilihan Raya
Umum ke-13 nanti.
“Najib sendiri sepatutnya menjawab dakwaan Deepak itu kerana Menteri
Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini gagal mengotakan
janji untuk menjawab semua dakwaan itu terhadap Najib ketika
penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO ke-66 lalu,” katanya dalam satu
kenyataan sempena perhitungan detik 97 hari PRU-13.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, Deepak juga
mendakwa Najib ketika menjadi Menteri Pertahanan telah campur tangan
dalam urusan mendapatkan projek Kementerian Pertahanan RM100 juta pada
2005 membabitkan syarikat Ketua Wanita UMNO Selangor dan memaksa
Balasubraniam membuat akuan bersumpah kedua pada 2008 selepas menarik
balik akuan bersumpah sebelumnya.
Beliau berkata, sehingga kini Najib masih membisu mengenai dakwaan
Deepak sehingga mengurangkan nilai dan kewibawaan kebanyakkan
pengumuman perubahan dan transformasi, termasuklah permintaan maafnya
mewakili kepimpinan UMNO ketika ucapan dasar Presiden UMNO untuk
sebarang ‘kekhilafan” yang dilakukan UMNO.
– Roketkini.com
0 Komen pengunjong :