Bersih tekan RCI Sabah sapina Dr M, Peguam Negara


KUALA LUMPUR, 22 Jan — Suruhanjaya Di Raja (RCI) berkenaan dengan pendatang haram di Sabah perlu memanggil Tun Dr Mahathir Mohamad, kata badan bukan kerajaan yang memperjuangkan reformasi pilihan raya.
Bersih 2.0 cawangan Sabah membuat cadangan mereka melalui video di talian hari ini.
“Bersih Sabah merasakan RCI seharusnya memperkenalkan saksu baru dan kita mendesak anggota RCI agar sapina seperti berikut,” kata Andrew Ambrose, wakil Bersih 2.0 Sabah kepada wartawan hari ini.
Beliau kemudian membacakan senarai nama seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman, Peguam Negara Tan Sri Gani Patail. Tan Sri Herman Luping dan Datuk KY Mustafa.
Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan (ditanya kemudian apakah Datuk Seri Anwar Ibrahim juga harus diberi sapina untuk menjadi saksi dalam pendengaran RCI Sabah.
“Semua yang terlibat harus dipanggil. Saya tiada isu dengan itu.
“Saya fikir RCI seharusnya tahu siapa saksi yang diperlukan. Dan saya fikir sesiapa yang bertanggungjawab, berpotensi bertanggungjawab atau yang tahu, atau yang mungkin tahu, harus dipanggil untuk RCI,” kata Ambiga.
Minggu lepas, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali mendakwa parti itu telah menerima maklumat plot untuk mengaitkan Anwar semasa pendengaran RCI.
Azmin juga dilihat membuat langkah pre-emptive untuk memesongkan perhatian terhadap Barisan Nasional (BN), mengatakan bahawa testimoni semasa pendengaran menunjukkan kepada peranan institusi Perdana Menteri.
Beliau kemudian mengatakan Dr Mahathir yang merupakan perdana menteri pada ketika itu harus dipertanggungjawabkan terhadap apa yang berlaku di Sabah.
Dr Mahathir merupakan perdana menteri paling lama berkhidmat dari 1981-2003, telah dituduh menerajui “Projek IC”, di mana kewarganegaraan didakwa diberikan kepada pendatang sebagai ganti kepada undi mereka.
Akan tetapi bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh, yang mentadbir negeri dari 1976 ke1985, menafikan kewujudan “Projek IC” tersebut.
Anwar menjadi timbalan perdana menteri dari tahun 1993 sebelum dipecat pada tahun 1998. Beliau juga merupakan menteri kewangan dari 1990 sebelum dilucutkan jawatan.

0 Komen pengunjong :