'Beri saya imuniti, saya dedah semuanya di stadium'


Ahli perniagaan permaidani Deepak Jaikishan berkata beliau bersedia mendedahkan semua urusannya yang melibatkan personaliti yang berkuasa dalam kerajaan di perhimpunan mega Pakatan Rakyat hari ini jika pakatan pembangkang itu boleh menjamin imuniti kepadanya jika ia  memerintah.

"Jika mereka memberikan saya imuniti malam ini, esok saya akan naik ke pentas dan mendedahkan segala-galanya di Stadium Merdeka," katanya kepada Malaysiakini dalam temu-bual malam tadi.
"Mereka tidak perlu berbuat apa-apa secara bertulis, mereka hanya perlu datang kepada akhbar dan umumkan... bahawa saya akan diberi status saksi dan saya akan dilindungi sepenuhnya oleh Akta Perlindungan Pemberi Maklumat, maka saya bersedia," kata Deepak.

Deepak menambah bahawa beliau akan berada di Stadium Merdeka hari ini untuk menyaksikan Himpunan Kebangkitan Rakyat .

Ditanya mengapa beliau mencari imuniti daripada Pakatan yang bukan memerintah dan bukannya kerajaan yang ada sekarang, Deepak berkata beliau yakin bahawa pakatan pembangkang akan memerintah selepas ini.

"Saya bersedia, Saya sanggup, saya mempunyai keberanian untuk melakukannya (mendedahkan) ... Saya menyeru kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Guru Nik Aziz (Nik Mat), Lim Kit Siang, Lim Guan Eng Tok, sila berikan saya jaminan itu - bahawa saya akan menjadi saksi - saya akan dedahkan setiap salah laku rasuah kerajaan sekarang yang saya tahu."

2 comments :

  1. Kalau dah tak percaya pada pehak yang berhak untuk siasatan hanya satu saja yang boleh buat aduan iaitu ketua negara yang tertinggi itu pun jika tidak memihak atau bias itu Tuaku SPBYDA minta saja tubuhkan badan siasatan bebas dari segala kepentingan hanya untuk kepentingan negara dan rakyat.Inilah satu-satunya jalan keluar terbaik daripada meminta amuniti atau dok melalut cerita entah ke betul atau sebaliknya hanya untuk mencari publiksiti murahan.

    ReplyDelete
  2. Raja pun sudah tak kebal, ini dia nak kebal... banyak cantik. Pergi belajar sendirilah ilmu kebal.

    ReplyDelete