Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Anwar : Lawatan Najib Ke Gaza Bermotifkan Politik

Najib_palestin

PETALING JAYA  : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Gaza, Palestin baru-baru ini lebih bermotifkan politik untuk meraih sokong umat Islam Malaysia.
Helah itu lebih terserlah, kerana menurut Anwar, Kerajaan Persekutuan tidak pernah mengiktiraf Kerajaan Hamas yang mentadbir Gaza sebelum ini.
“Dalam usaha memenangi hati umat Islam di sini, mereka tidak sedar bahawa mereka melakukan kekhilafan.
“Mereka nampaknya terlupa untuk mengingati kepentingan menunjukkan keseimbangan dan keadilan polisi luar negara kita terhadap Palestin,” tegas Anwar, yang juga merupakan Penasihat Ekonomi Selangor dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR tadi.
Beliau juga mendakwa lawatan tersebut sebagai kurang bijak kerana gagal untuk mengiktiraf pentadbiran Fatah di Daerah Tebing Barat, Palestin dan Presidennya Mahmoud Abbas.
Najib baru-baru ini mengadakan lawatan ke Gaza ditemani isterinya, Datin Seri Rosmah Mansur, Menteri Luar Negeri, Datuk Anifah Aman dan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.
Ketibaan Najib dan rombongan disambut Perdana Menteri Kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh, di kawasan sempadan.
Laman web Malaysiakini melaporkan bahawa Mahmoud mengkritik lawatan Najib yang menurutnya, merendahkan pemerintahan Palestin yang sah dan menyebabkan perpecahan serta tidak menguntungkan Palestin.
Ujar Anwar, Najib seharusnya mencontohi langkah bijak Presiden Mesir Mohammed Morsi dan Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdorgan yang mengiktiraf kedua-dua Hamas dan Fatah.
“Najib sememangnya kurang bijak dalam hal ini.
“Sepatutnya beliau boleh menghubungi kedua-dua (Abbas dan pemimpin Hamas Ismail Haniyeh) pemimpin,” kata Anwar.
Terdahulu, Anwar menerima kunjungan delegasi Kesatuan Eropah (EU) yang hadir bagi membentangkan rancangan untuk Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-EU (MEUFTA).
Dalam pertemuan tersebut, EU juga menyatakan kesediaan untuk menyambung perbincangan mengeani MEUFTA selepas PRU nanti dengan mana-mana kerajaan yang dipilih secara demokrasi

0 Komen pengunjong :