KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi membebaskan aktivis
'Occupy Dataran', Umar Muhammad Azmi yang ditahan di Penjara Kajang
sejak Jumaat lalu dengan jaminan sebanyak RM5,000.
Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah membebaskan Umar sementara menunggu keputusan rayuan beliau ke mahkamah yang lebih tinggi.
Menurut rakan-rakannya, Umar dibebaskan kira-kira jam 3.30 petang sementara menunggu rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi.
Mahkamah
Majistret Kuala Lumpur Jumaat lalu menjatuhkan hukuman penjara sebulan
dan denda RM1,000 kepada Umar kerana menghalang pegawai Dewan Bandaraya
Kuala Lumpur (DBKL) menjalankan tugas semasa serbuan terhadap gerakan
mahasiswa pada April lalu.
Insiden itu didakwa berlaku semasa
serbuan mengejut DBKL ke atas perkhemahan protes di Dataran Merdeka di
Kuala Lumpur pada jam 8 pagi 22 April lalu.
Aktivis siswa
berkhemah di dataran tersebut sebagai bantahan mereka terhadap Pinjaman
Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang didakwa mereka tidak
adil.
Oleh kerana gagal mendapatkan Timbalan Pendakwaya, Umar terpaksa
dimasukkan ke Penjara Kajang Jumaat lalu sementara menunggu rayuan ke
atasnya.
Berpuluh-puluh rakan-rakan mahasiswa dan aktivis masyarakat serta
ahli politik berhimpun di perkarangan penjara itu bagi memberikan
sokongan moral kepada Umar.
Turut hadir adalah kartunis Zunar yang membuat lukisan khas untuk beliau.
0 Komen pengunjong :