Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Bukan taraf Muhyiddin cakap begitu – TG Nik Aziz

 Bukan taraf Muhyiddin cakap begitu – TG Nik Aziz KOTA BHARU- Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tuduhan terhadapnya sebagai mulut celupar seperti kenyataan daripada anak-anak muda di jalanan dan bukan tindakan seorang pemimpin negara.
Menurutnya, kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin amat tidak wajar memandangkan beliau orang kedua pemimpin parti dan negara.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz pada mulanya enggan mengulas, kerana tidak mahu melayan kenyataan seperti orang tidak cerdik itu.
Bagaimanapun, apabila ditanya lagi dia terus menjawab ringkas: “bukan taraf orang nombor dua untuk bercakap begitu”.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung perkara itu di pejabatnya petang semalam selepas mengadakan pertemuan dengan pimpinan Dewan Muslimat PAS Pusat berhubung Agenda Berkebajikan Wanita Malaysia.
Katanya, kalau anak-anak muda di jalanan munasabah untuk keluar kenyataan sedemikian.
“Tapi kalau orang nombor dua parti atau nombor dua pemimpin negara memang bukan taraf dia,” ujarnya yang juga Menteri Besar Kelantan.
Kelmarin, pemimpin kedua parti Umno itu berkata Tuan Guru Nik Aziz sebagai mulut celupar apabila mengatakan orang Melayu yang menyokong Umno adalah mungkar.

0 Komen pengunjong :