Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

PRU13 :Tidak ada parti yang akan memperoleh kemenangan selesa

Mustafa Ali

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali

SHAH ALAM - Di sebalik keyakinan Barisan Nasional (BN) bahawa ia boleh memperoleh kerusi Parlimen majoriti dua pertiga dengan syarat tiada elemen sabotaj dalam parti, Setiauasa Agung Pas, Datuk Mustafa Ali pula meramalkan tidak ada parti yang akan memperoleh kemenangan selesa pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Bercakap dalam satu wawancara khas bersama Sinar Harian Online di pejabatnya baru-baru ini, Mustafa berkata, jika pun Umno-Barisan Nasional dapat mempertahankan Putrajaya, parti itu hanya akan menang dengan majoriti mudah.

"Kalau Pakatan Rakyat menang pun, kita tidak akan dapat majoriti dua pertiga. Tak akan ada mana-mana pihak yang akan mendapat kemenangan majoriti dua pertiga," ujar Mustafa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,  yang juga Presiden Umno pada Perhimpunan Agung parti itu menyatakan keyakinan BN akan meraih kemenangan dengan majoriti dua pertiga jika ahlinya sendiri tidak khianat terhadap parti.

"Saya percaya bahawa musuh tidak kuat, saya percaya bahawa orang ramai akan memihak kepada Umno dan Barisan Nasional, yang saya khuatir, sikit... apa itu? .... yang saya khuatir, soal kita, kita sesama kita (dalam parti)," ujar Najib dalam ucapan penggulungannya awal bulan ini.

BN mengalami prestasi buruk pada PRU 2008 apabila hilang majoriti dua pertiga di Parlimen, selain kuasa lima kerajaan negeri.

Kini, BN memiliki 137 kerusi di Dewan Rakyat yang memperuntukkan 222 kerusi.

Ada yang meramalkan BN akan menang hanya dengan 120 kerusi, majoriti yang dilihat kian mengecil.

Ketika diaju persoalan ramalan kerusi yang akan diperoleh kedua-dua parti, Mustafa berkata, "cukup dengan saya menyebut majoriti mudah."

Malah apabila ditanya apakah Pas mungkin berpaling tadah dengan menyertai Umno-Barisan Nasional jika impian ke Putraja berkecai bersama-sama Pakatan Rakyat, Mustafa menolak sama sekali perkara seumpama itu akan berlaku.

"Tak berbangkit isu itu, tidak berbangkit," dan tambahnya, "kita benar dan kita akan terus sebagai satu dalam Pakatan Rakyat," ujar beliau.

0 Komen pengunjong :