KUALA
LUMPUR — Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan
hari ini menyatakan tindakan beliau mengeluarkan komen berkenaan
camputangan sesetengah menteri dan ahli politik dalam urusan polis
kerana keadaan sudah semakin teruk dan jika tidak diperbetulkan, negara
akan rosak .
"Perkara ini saya nak dibetulkan, bukan saya sakit hati kepada
sesiapa, nanti orang kata saya ini sebab sakit hati tidak sambung
(kontrak), saya iri hati dengan orang.
"... saya sudah seronok pencen. Tapi saya tengok benda ini kalau tidak dibetulkan negara kita akan rosak.
"Saya bercakap ini bukan sebab saya nak hentam orang..., tidak...
tetapi untuk betulkan keadaan. Keadaan sekarang makin teruk, makin teruk
dan saya tidak mahu orang tidak percaya kepada polis," katanya dipetik
dari
Sinar Harian Online.
Manurut Musa
, sejak akhir-akhir ini campurtangan menteri semakin dalam pasukan polis semakin parah berbanding dahulu.
"Dulu tak kerap berlaku begini. Dulu tak ada saya rasa. Masa Menteri
Dalam Negeri yang lama-lama kita tak pernah (dengar) jadi begini. Tapi
yang baru-baru ni lah."
"Kalau IGP itu tak berani, ia berlakulah (campur tangan), kalau IGP
berani, maka tak berlakulah. Saya merasakan kebanyakan IGP tak pernah
akan mengikut apa kehendak menteri suruh buat kalau tak betul mengikut
undang-undang lah," katanya.
Tambah Musa, tidak menjadi kesalahan bagi Menteri Dalam Negeri
mencampuri urusan polis seperti dalam hal-hal kenaikan pangkat atau
disiplin anggota polis, tetapi tidaklah sampai ke tahap campur tangan
dalam hal-hal berkaitan operasi polis yang berada di bawah bidang kuasa
KPN.
"Macam Bersih, itu IGP sahaja lah bagi arahan. Tak perlu nak bagi
arahan. Kalau salah tindakan IGP, biar IGP sahaja yang kena tindakan.
Janganlah atas arahan turun lagi. Orang di bawah pun pening kepala nak
buat kerja.
"Campur tangan dari segi pentadbiran itu memang tanggungjawab dia,
tetapi jangan lah campur tangan dalam hal-hal buat kerja polis. Campur
tangan dalam operasi polislah, macam-macamlah. Operasi tak boleh (campur
tangan), pentadbiran tidak apa sebab dia (Menteri Dalam Negeri)
Pengerusi Suruhanjaya Polis," jelas beliau dipetik dari Sinar Harian
Online.
Dalam laporan pagi ini, Musa mempertahankan dirinya tidak
pernah menyalahgunakan kuasa sepanjang 41 tahun berkhidmat dengan
pasukan polis walaupun bekas rakan sepasukannya, Datuk Ramli Yusuff
seringkali mengaitkan bekas ketua polis itu dengan peguam negara (A-G)
dan melepaskan diri dari tuduhan mengaitkan beliau dengan penjenayah
Johor.
Musa memberitahu beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan
dan bersedia untuk disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) untuk membersihkan namanya.
"Saya tidak ada lakukan kesalahan," kata Musa apabila dihubungi oleh
The Malaysian Insider malam semalam, sebelum menambah, "Kalau ada salah, biar SPRM siasat."
0 Komen pengunjong :