Siapa akan menjadi PM selepas PRU ini sedang sibuk diperbincangkan
selepas muktamar PAS di Kelantan hujung minggu lepas. Kedua-dua belah
pihak membahaskan siapa yang paling layak menjadi PM: TGHA atau Anwar
Ibrahim? Isu ini masih diperbualkan termasuk oleh pemimpin-pemimpin UMNO
sendiri. Syed Hamid Albar berkata Anuar lebih layak dari TGHA walaupun
perwakilan muktamar mencadangkan Presiden partinya untuk menjadi PM.
Ramai di kalangan pemimpin UMNO telah berbelah bagi, samada TGHA atau
Anwar yang lebih layak untuk memikul beban tersebut.
Tetapi yang sangat jelas ialah pemimpin-pemimpin UMNO sendiri
seolah-olah telah menerima hakikat yang PR akan memenangi PRU ini. Kalau
tidak masakan di antara pimpinan UMNO sendiri berbincang siapa yang
lebih layak di antara Anwar dan TGHA. Rupa-rupanya bukanlah saya seorang
yang berfikir yang UMNO akan menerima kekalahan malahan mereka yang
masih kekal dalam parti itu sendiri berbincang tentang pilihan di antara
Anwar dan TGHA.
Ini merupakan kali pertama rakyat bercakap tentang PM dari pihak
pembangkang sekarang ini selepas rakyat menukar mandat mereka dalam PRU
yang akan datang. Isu ini pastinya satu isu yang akan menjadi hangat dan
tidak akan berhenti senyap dalam masa terdekat ini. Bagi saya kedua-dua
nya layak, tetapi biarlah kita selesaikan PRU ini dahulu. Kadang-kadang
ada pihak yang tidak berjaya niat dan tujuan mereka kerana sebelum pun
pergi ke hutan sudah membilang buah kerayung.
Tetapi keadaannya ialah PR masih mendahului BN jika PRU diadakan pada
minggu ini. Isu siapa Perdana Menteri elok kita ketepikan jauh-jauh
dahulu kerana yang penting permaharajalelaan UMNO wajib kita hentikan
serta merta selepas PRU ini. Kita mempunyai perlembagaan jelas yang
seorang PM itu sepatutnya di pilih di antara ahli-ahli Legislatif yang
mendapat sokongan dari ahli-ahli Parlimen walaupun dengan satu undi.
Walau bagaimana pun pihak PR telah bersetuju untuk memberikan kerusi
PM kepada Anwar jika PR memenangi pilihanraya yang akan datang ini. Di
dalam perlembagaan sesiapa yang mendapat sokongan yang terbanyak di
dalam Dewan Legislatif Parlimen maka dia lah yang menjadi Perdana
Menteri negara ini selepas pilihanraya yang akan datang ini.
Selama ini Presiden UMNO menjadi Perdana Menteri itu hanyalah melalui
‘convention’ dan bukannya melalui cara dan kaedah yang tertulis di
dalam perlembagaan negara. Pada dasarnya sesiapa sahaja boleh menjadi
Perdana Menteri dari mana-mana parti sekali pun asalkan ia mendapat
sokongan dari ahli-ahli Dewan Parlimen walaupun dengan kelebihan ‘simple
majority’.
Di atas dasar itu maka Ibrahim Ali, Zulkifli Nordin, Zaharin Hashim,
Bung Mokhtar, Mohamad Aziz mempunyai peluang yang sama untuk menjadi
Perdana Menteri jika mereka menang dalam pilihanraya parlimen mewakili
apa-apa parti atau sebagai calon bebas dalam pilihanraya yang akan
datang. Yang perlu mereka mendapat sokongan majoriti dalam Parlimen.
Jika Hasan Ali 'akidah' dicalonkan menjadi ahli parlimen dia juga
mempunyai peluang untuk menjadi PM untuk mewakili pertubuhannya yang
kalau tidak silap saya namanya JATI. Lagi satu syarat dia tidak bercakap
seorang diri selalu kerana mereka yang bercakap seorang diri itu adalah
orang gila dan tidak layak menjadi ahli Parlimen.
Oleh itu semua pihak tidak perlu menentukan siapa Perdana Menteri
sekarang ini tetapi menumpukan usaha masing-masing untuk memenangi
pilihanraya dan meletakkan UMNO di pihak pembangkang. Saya secara
peribadi pun hendak sangat mendengar ucapan-ucapan Muhyiddin Yaasin
sebagai ahli pembangkang jika beliau memenangi kerusi pilihanraya Pagoh
dalam pilihanraya yang akan datang ini.
Untuk menjadi pemimpin yang baik seseorang itu elok melalui
pengalaman menjadi pembangkang untuk melengkapkan pengalaman sebagai
seorang pemimpin. Di negara-negara maju ramai pemimpin-pemimpin beralih
tempat setiap pilihanraya. Penggal ini mereka menjadi Menteri kerana
parti nya menang dalam pilihanray tetapi penggal yang berikutya mereka
menjadi pembangkang kerana partinya kalah dalam pilihanraya yang
berikutnya.
Keadaan itu adalah keadaan yang lazim berlaku dan itu bukannya tidak boleh berlaku di negara ini.
-/ http://aspanaliasnet.blogspot.com
Polis tahan kambing gemar kejar orang
2 days ago
0 Komen pengunjong :